10 Cara Mendidik Anak Hormat Orang Tua

Mengajar anak anda untuk menghormati anda, saudara yang lebih tua, adalah salah satu aspek paling penting dalam islam. Memiliki anak yang berbakti, bersopan santun dan menghormati yang lebih tua adalah impian setiap ibu bapa.

Ikuti tips ini supaya anda dapat mendidik si kecil menghormati orang yang lebih tua daripada mereka:

  1. Perlakukan dan hormat anak seperti anda menghormati orang dewasa.
  2. Berikan contoh teladan yang baik.
  3. Bersikap tegas dengan apa yang anda ucapkan dan berikan sebab.
  4. Jadilah ibu bapa yang konsisten berbuat baik dalam sikap, akhlak dan kata-kata.
  5. Berikan pujian kepada sikap baik yang anak anda tunjukan.
  6. Jangan sesekali membohongi anak-anak.
  7. Jangan malu ucapkan kata sayang kepada anak.
  8. Hormati hak anak, anak akan terbiasa dan belajar menghormati hak orang lain.
  9. Berterus terang kepada anak, beri penjelasan terhadap sesuatu perkara.
  10. Buang ego untuk meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan kepada anak.

Didiklah anak anda dengan cara yang baik bagi menghormati orang tua. Ibu bapa sebagai contoh teladan kepada anak-anak. Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak juga penting. Berikan keperluan dan perhatian yang secukupnya supaya mereka menjadi orang yang berguna pada masa akan dating. Semoga bermanfaat.