10 Cara Mudah Kembali Langsing Selepas Bersalin

kurus-selepas-bersalin

Siapa tidak risau melihat bentuk badan sudah lari daripada bentuk asal sebelum mengandung. “Aduh…sejak ada baby, mana ada masa hendak pergi ikut aktivti zumba.” Tentu itu yang bermain di fikiran ibu semua. Siapa kata ibu beranak kecil tidak boleh bersenam? 10 cara mudah berikut boleh membantu anda kembali langsing selepas bersalin.

1.    Menyusukan bayi

Kaedah paling murah dan mudah untuk menguruskan badan selepas bersalin adalah menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Bayi sihat kerana mendapat khasiat yang secukupnya, ibu juga kekal dengan berat badan ideal.

2.    Menguruskan keperluan bayi

Bukan mudah ya untuk menguruskan keperluan seorang bayi. Seharian menguruskan keperluan bayi mula dari memandikan bayi, mengganti lampin, mendukung, menidurkan, menyusukan hingga mengajak bayi bermain cukup membuatkan seorang ibu keletihan! Jadi pastikan anda benar-benar menguruskan bayi 100 peratus tanpa bantuan orang lain kerana ia merupakan senaman paling murah dan mudah.

3.    Turun naik tangga

Advertisement

Sebenarnya anda bertuah sekiranya tinggal di sebuah rumah dua tingkat. Aktiviti di rumah yang memerlukan anda kerap turun naik tangga sebenarnya membantu anda membakar lemak tanpa disedari. Jadi, jangan risau jika anda tidak punya waktu khusus untuk melakukan senaman.

4.    Senaman di bilik tidur

Kalau bayi tengah tidur lena, gunakan kesempatan itu untuk melakukan sedikit senaman. Sambil anda memantau anak yang tidur di dalam bilik, apa kata buat senaman ringan seperti tekan tubi untuk membantu mengempiskan perut.

5.    Bermain dengan bayi

Kalau bayi anda asyik nak berkepit sahaja, apa kata ajak dia sekali buat senaman. Aktiviti bermain bersama seperti meletakkan bayi di atau kaki ketika anda membuat latih tubi bukan sahaja membuatkan dia ketawa keseronokkan tetapi anda juga dapat mengeluarkan peluh. Tetapi ini hanya sesuai untuk bayi yang berusia lima bulan ke atas ya ibu!

6.    Berenang

Jika anda tinggal di apartment yang menyediakan kemudahan kolam renang, ambil peluang untuk melakukan senaman renang kerana rutin berenang boleh membantu mengembalikan bentuk badan anda. Sebaiknya,  ajak sekali suami supaya di boleh menjaga si kecil sementara anda memberi fokus kepada berenang. Rutin berenang bisa membantu mengembalikan bentuk tubuhmu.

7.    Senaman lantai pelvik

Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu ketika sedang makan, mencuci, menguruskan bayi atau mandi. Jika rajin membuat senaman lantai pelvik, ia boleh menguatkan otot-otot sekitar vagina anda sekaligus menghindarkan masalah kekerapan buang air kecil.

8.    Senaman mengikut video

Kini dengan adanya teknologi internet semua boleh dilakukan tanpa perlu keluar dari rumah. Jadi, tiada lagi alasan tidak cukup masa hendak bersenam. Cari sahaja video senaman di Youtube dan anda boleh mengikut langkah senaman tersebut bila-bila masa sahaja!

9.    Jurulatih peribadi

Bagi ibu yang punya bajet lebih, tak salah jika hendak melantik jurulatih peribadi di pelbagai gim yang menawarkan khidmat tersebut. Sudah pasti anda mampu mencapai impian mendapatkan kembali bentuk badan menawan.

10.  Membuat kerja rumah

Rasanya langkah ini memang wajib dilakukan oleh semua wanita. Tanpa anda sedari, rutin membuat kerja rumah seperti menyapu dan mengemop lantai, menyental bilik air, mengemas dapur, bilik tidur, menyidai pakaian, memasak, menyiapkan keperluan suami dan anak-anak merupakan senaman mudah yang dapat membakar kalori badan anda.