4 Mitos Semasa Berpantang

Mom and her future child. Close-up of legs of young pregnant model sitting on the bed near white tiny booties for her baby. Maternity concept

Wanita kehilangan banyak darah sewaktu kelahiran. Oleh itu, para wanita selepas bersalin sangat memerlukan rehat dan mematuhi diet yang seimbang semasa berpantang untuk kekal sihat dan mengembalikan tenaga yang telah digunakan sewaktu bersalin

Tetapi para ibu perlu ingat ada sesetengah nasihat berpantang yang boleh diamalkan, ada juga yang boleh memudaratkan diri. Jadi sesorang itu perlu mengenal keadaan diri sendiri sebelum mengikut pantang larang yang sering dikatakan oleh orang dulu – dulu. Walau bagaimanapun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tiada yang membuktikan bahawa makanan-makanan ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan.

Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan ataupun budaya yang kebiasaannya diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang berkaitan makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Majoriti masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.

Tempoh berpantang untuk wanita mengikut budaya dan adat:-

  • Masyarakat Melayu – 40 hari (hingga 44 hari)
  • Masyarakat Cina – 30 hari
  • Masyarakat India – 30 hari

Mitos 1 – Ibu mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin

Apa kata sains – Ianya betul sesetengah wanita akan mengalami kemurungan selepas bersalin. Simptom ini juga dikenali sebagai meroyan yang disebabkan oleh perubahan hormon. Walaubagaimanapun, kebiasaannya simptom ini adalah bersifat sementara dan seseorang akan pulih dengan bantuan sokongan keluarga yang baik atau lebih baik mendapat rujukan daripada doktor

4 Mitos Semasa Berpantang 1
lonely girl near window thinking about something. beautiful sad lonely girl sitting near the window is missing

Mitos 2 – Ibu yang berpantang tidak boleh kerap mandi dan minum banyak air, dikhuatiri urat saraf kembang dan badan mudah masuk ‘angin’

Apa kata sains – Pada hakikatnya, mandi adalah baik untuk kebersihan diri sendiri dan keselesaan. Malah, membantu mengurangkan risiko jangkitan pada kulit dan luka. Minum air yang mencukupi juga penting untuk mengawal suhu badan,memulihkan kecergasan badan, menambah penghasilan susu badan dan banyak lagi

4 Mitos Semasa Berpantang 2

Mitos 3 – Elakkan makan makanan yang ‘sejuk’ seperti kangkung, petola, timun dan pisang sewaktu berpantang

Apa kata sains – Pengambilan sayur – sayuran dan buah – buahan amatlah penting sebagai sumber protein. Mineral dan fiber. Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin

Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. Contohnya sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja)

4 Mitos Semasa Berpantang 3

Mitos 4 – Ikan, ayam dan telur adalah ‘bisa’

Apa kata sains – Ibu selepas bersalin memerlukanbanyak protein sebagai proses pemulihan. Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran  dan dapat mencegah masalah anemia. Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik.

Terdapat banyak lagi pantang-larang yang kita dengar dekat luar sana. Namun, yang elok dan baik boleh kita ambil, yang berasa tidak sesuai itu boleh diabaikan.

Selamat berpantang ibu – ibu