4 Tips Atasi Kekejangan Semasa Mengandung

Warming up outdoors in the autumn, holding an ankle, stretching after or before running. Concept photo

Kekejangan berlaku apabila pengecutan otot secara tiba – tiba yang tidak terkawal. Sangat sinonim terutama bagi ibu mengandung. Walau bagaimanapun punca utama bagi kekejangan otot semasa kehamilan masih lagi tidak jelas dan belum diketahui

Namun, anda boleh megamalkan beberapa tips bagi mengatasi kekejangan otot :-

  • Urutan dan rengangan badan.

Sentiasa kekal aktif walaupun anda sarat. Urutan dan rengangan badan dapat membantu untuk mengatasi kekejangan. Lakukan rengangan badan mengikut kemampuan fleksibiliti sendiri.

  • Rendam kaki ke dalam air suam

Rendamkan kaki ke dalam air suam dalam 10 – 20 minit sebelum tidur. Ia membantu merelaksasi otot

  • Rehat yang cukup

Tekanan pada rahim, berdiri, duduk terlalu lama atau pengaruh hormon kehamilan juga boleh membuatkan kaki kejang. Ambil masa untuk relaks diri dan jauhkan diri daripada stress

  • Minum susu dan makan makanan yang tinggi kalsium

Amalkan minum segelas susu sebelum tidur, wanita memerlukan banyak kalsium (1000 miligrams) sehari. Terutama bagi wanita mengandung kerana kalsium di dalam badan mereka digunakan untuk perkembangan dan tumbesaran bayi

Advertisement
4 Tips Atasi Kekejangan Semasa Mengandung 1