5 Faktor Bayi Mogok Susu

Nursing Strike ialah keadaan dimana secara tiba-tiba bayi menolak ketika si ibu mahu menyusukannya. Keadaan ini biasa dialami bagi para ibu dan ibu-ibu tidak perlu berasa tertekan sebaliknya cuba mengenal pasti punca perkara ini berlaku.

Antara faktornya ialah:

  • Puting

Bayi yang sudah mengenali puting dan sudah selesa menikmatinya susu melalui puting akan berasa malas untuk menyusu melalui payudara ibu. Namun tidak semua bayi yang sudah diberikan puting akan menolak untuk menyusu secara langsung dari ibunya.

  • Aroma

Bau yang berbeza dari tubuh ibu akibat sabun, wangian, losyen, atau haruman pakaian mampu membuatkan si bayi menolak untuk menyusu. Ini berpendapat bayi terganggu dan sudah terbiasa dengan aroma tubuh ibunya dan akan mengelak bauan yang lain.

  • Tumbuh gigi

Ketika tumbuh gigi, si kecil akan berasa nyeri dan gatal. Oleh itu, apabila menyusu melalui putting si kecil hanya akan bermain-main dengannya dari menikmati susu bagi meredakan rasa gatal.

  • Sakit

Segera dapatkan rawatan jika kes ini berlaku jika mendapati si kecil tidak sihat kerana sakit merupakan punca utama bagi bayi enggan menyusu akibat  si dia tidak berasa selesa.

Advertisement
  • Kurang perhatian

Walaupun masih kecil, si bayi mampu menunjukkan protesnya untuk mogok dari bersusu apabila si ibu tidak meluangkan masa bersamanya, sebagai contoh kerap menyerahkan si kecil kepada pembantu rumah

5 Faktor Bayi Mogok Susu 1
Breastfeeding caucasian blonde baby. Close-up head portrait.

Ibu-ibu juga boleh mencari waktu yang tepat untuk menyusukan seperti ketika bayi mengantuk dan kerap membelainya ketika disusukan. Mendapatkan nasihat dari pakar laktasi juga tindakan yang bijak jika para ibu sudah buntu mencari jalan bagi menyusukan si kecil.