5 Kesilapan Lazim Ibu Bapa Mendidik Anak

Daughter ignoring her mother after an argument in living room at home

Ibu bapa sebagai contoh teladan buat anak-anak mereka. Anak-anak sangat bergantung kepada ibu bapa sejak kecil lagi. Setiap perbuatan dan percakapan yang diperlihatkan sangat mudah dipengaruhi oleh anak-anak. Namun begitu, ibu bapa juga seorang manusia yang melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak. Disini terdapat 5 kesilapan yang lazimnya dilakukan oleh ibu bapa dan selalunya kita terlepas pandang:

  • Kurang tegas

Ibu bapa lazimnya tidak bertegas terutamanya dalam soal waktu solat, waktu tidur, waktu mandi, dan belajar. Ibu bapa yang terlalu mengikut kehendak anak-anak atau terlalu manjakan mereka adalah tidak bagus. Mereka hendaklah dibimbing supaya dapat menerapkan disiplin dan teladan yang baik. Jika mereka lakukan kesilapan, ajar mereka dengan cara yang mudah didekati.

  • Teladan yang tidak elok

Ibu bapa sebagai contoh teladan dan mentor yang paling dekat dengan anak-anak. Oleh itu, setiap perbuatan mereka sama ada baik atau buruk sangat mudah diikuti oleh anak-anak. Elakkan daripada pengambilan dadah, rokok dan penggunaan kata-kata yang kasar dihadapan mereka.

  • Perselisihan ibu bapa di hadapan anak-anak

Keadaan ini akan membuatkan anak-anak berasa gelisah dan tidak tenang jika berada bersama-sama ahli keluarga yang lain. Misalnya ketika diziarahi oleh sanak-saudara, mereka akan berasa janggal didepan tetamu.

  • Kurang pengawasan

Kebebasan adalah penting untuk anak-anak. Jika ibu bapa terlalu memberi kebebasan akan memudaratkan mereka juga. Pengawasan adalah perlu terutamanya dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar berjalan, rancangan televisyen apa yang patut ditonton mereka.

  • Tidak membiasakan anak membuat kerja-kerja rumah

Anak-anak perlu mengambil peranan dalam membuat kerja rumah. Jika mereka tidak membiasakan diri dalam membuat kerja-kerja rumah, ini akan menyebabkan mereka bersikap lepas tangan, tidak bertanggungjawab dan tidak pandai berdikari.

Kadang-kala disebabkan kesibukan kerja, ibu bapa terabaikan keperluan anak-anak. Maka, akan timbul anggapan yang tidak baik terhadap ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu sentiasa dekat dengan anak-anak seperti beriadah bersama-sama dan menjadi mendengar setia kepada masalah anak-anak supaya mereka sentiasa rasa disayangi, dihargai dan menjadi keutamaan di hati ibu bapa.

5 Kesilapan Lazim Ibu Bapa Mendidik Anak 1
ordinary parents berating teenager son at home