5 Kewajiban Anak Perempuan Kepada Orang Tua Selepas Menikah

Muslim family having a Ramadan feast
  • Menjalin silaturrahim dengan ibu bapa

Silaturahim yang harus didahulukan antara orang tua (ibu bapa). Walaupun sudah menikah, tidak bermakna hubungan orang tua dan anak ‘putus’ begitu saja. Allah tidak menyukai orang yang memutuskan tali silaturahim, apalagi anak terhadap orang tuanya. Kerana itu, usahakanlah untuk tetap menjalin hubungan dengan orang tua

  • Berbuat baik kepada ibu bapa

Menikah bukanlah alasan untuk memperlaku buruk dengan orang tua. Kewajiban sebagai anak yang harus dipenuhi terhadap orang tua. Berbuat baik terhadap orang tua dan keutamaan berbakti kepada mereka, ada disebutkan dalam hadith dan Al – Quran

  • Berkata baik kepada orang tua

Salah satu bahagian sebagai anak kepada orang tua adalah menunjukkan bahawa si anak selalu mestilah menjaga pertuturan dan berkata baik kepada orang tuanya. Misalnya berbicara dengan menggunakan kata – kata yang dapat menyejukkan hatinya. Usahakan untuk tidak membentak dan berkata kasar, apalagi membantah perkataan orang tua yang ditujukan untuk menasihati anak

  • Meminta izin dan restu orang tua

Bagi wanita yang sudah menikah, mungkin izin orang tua bukanlah hal yang utama lagi mereka kerana lebih utama untuk meminta izin kepada suami. Namun restu dan doa orang tua adalah segalanya, apabila tidak mempertimbangkan perasaan orang tua maka anak menjadi durhaka. Selain itu, meminta restu orang tua dapat membuat mereka senang di dunia dan akhirat. Sang anak masih memerlukan nasihat dan pendapat mereka, dan tidak mengabaikan orang tua begitu saja dalam membuat keputusan

Kepentingan berbakti kepada ibu bapa adalah tanggungjawab semua anak, baik itu anak lelaki atau anak perempuan. Kewajiban anak perempuan terhadap orang tua setelah menikah masih utama dengan izin dan restu suami, disinilah amat diperlukan kebijaksanaan bagi para suami untuk berlapang dada dan mengerti kepentingan bagi para isteri untuk mencari syurga dengan juga berbakti kepada orang tuanya selama hal itu tidak merugikan keluarganya sendiri

  • Memenuhi keperluan orang tua

Tugas anak (anak lelaki dan anak perempuan) juga memenuhi pelbagai keperluan orang tua dapat dilakukan oleh anak perempuan sekalipun yang telah berkahwin. Contohnya ketika orang tua perlu ke doktor, perlu membeli ubat, perlu dihantar ke suatu tempat, bahkan juga bila hanya sekadar memerlukan teman bersembang