5 Khasiat Susu Kambing

Terdapat banyak khasiat susu kambing yang kita tidak tahu, ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan juga lebih berkhasiat berbanding daripada susu lembu. Bagi mereka yang alah kepada susu lembu, anda boleh cuba susu kambing kerana ia adalah salah satu minuman sunnah Rasulullah S.A.W.

Susu kambing adalah sesuai untuk semua peringkat umur iaitu seperti golongan dewasa dan warga emas, para pelajar, ibu hamil, ibu yang sedang berpantang, ibu yang sedang menyusukan anak dan bagi kanak-kanak.

Disini terdapat 5 khasiat susu kambing yang anda perlu tahu:

  • Meningkatkan daya ingatan

Kajian menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing dapat mengurangkan kebimbangan. Susu kambing juga dapat  membantu perkembangan otak

  • Menguatkan tulang

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. Dengan pengambilan satu cawan susu kambing, ia mampu membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium kepada tulang. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu.

  • Meningkatkan sistem penghadaman

Kandungan dalam susu kambing, menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam. Apabila susu kambing ini sampai ke perut, protein dalam susu kambing ini akan membentuk curd yang lebih lembut berbanding susu lembu. Seterusnya ia akan mengurangkan iritasi yang mungkin dialami sesorang yang mengalami masalah iritasi ketika meminum susu lembu.

Advertisement
  • Memberi keselesaan pada perut

Minum susu kambing juga tidak menyebabkan keradangan atau ketidakselesaan kepada perut yang biasanya terjadi kepada mereka yang minum susu lembu. Ini kerana susu kambing mempunyai enzim yang lembut terhadap perut.

  • Kaya dengan protein

Susu kambing kaya dengan protein yang mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Protein penting untuk pertumbuhan. Ia membentuk sel, tisu, otot, dan tulang. Oleh itu, proses metabolisme kita dilindungi, pertumbuhan dirangsang, dan sekaligus memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Khasiat susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri.