5 Manfaat Aktiviti Berkebun

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di rumah juga kita boleh mengamalkan aktiviti riadah bersama-sama keluarga tidak perlu ke gym, kolam renang mahupun taman rekreasi dengan cara berkebun di sekitar rumah. Hasil dari berkebun juga dapat mencantikkan kawasan rumah dan jika tanam sayur-sayuran boleh dinikmati bersama-sama sudah tentu ia dijamin kebersihannya kerana ia ditanam oleh kita sendiri.

Bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga malah dapat mengelakkan penyakit dan sangat membantu bagi mereka yang sedang berdiet. Antara penyakit yang dapat dielakkan dan kelebihan berkebun ialah:

  • Membakar kalori – Dalam masa 30 minit, kita boleh membakar sebanyak lebih kurang 169 kalori dengan hanya mencabut rumput, mengali tanah dan mencantas pokok.
  • Menguatkan tulang – Mencabut rumput atau mengendalikan mesin rumput dapat mengelakkan masalah osteoporosis kerana aktiviti ini dapat meningkat kepadatan tulang.
  • Mencegah diabetes – Aktiviti berkebun yang kerap dapat mencegah dan merawat penyakit diabetes (Tahap 2 kebawah).
  • Kurang risiko sakit jantung – Berkebun dapat mengurangkan tekanan darah dan kolestrol, oleh itu risiko kita mendapat sakit jantung adalah rendah.
  • Menyegarkan fikiran – Aktiviti ini dapat melatih fikiran malah ada kajian membuktikan berkebun merupakan antara alternatif bagi mereka yang mempunyai penyakit lupa.
5 Manfaat Aktiviti Berkebun 1