5 petanda awal kanser rahim – jangan terlepas pandang!

Tanda kanser rahim atau kanser serviks mungkin sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Namun, jika wanita lebih peka dengan perubahan diri mereka, pasti mereka akan dapat mengesan tanda kanser rahim sejak peringkat mula.

Tahukah anda yang kanser rahim merupakan kanser paling tinggi penyebab kerosakan organ pembiakan wanita? Akan tetapi, kanser rahim (atau kanser serviks) juga sering dikelirukan seb

Apa yang membezakan kedua-dua kanser ini ialah di mana sel kanser ini berlaku. Kanser rahim melibatkan serviks — bahagian tengah dan atas rahim. Manakala kanser ovari melibatkan ovari, organ pembiakan yang berada di sebelah rahim.

Mengapa ramai wanita keliru antara kanser rahim atau kanser ovari? Sebenarnya, ia mungkin disebabkan beberapa tanda kanser rahim yang seakan sama dengan kanser ovari.

Tapi jangan risau, hari ini kami akan bawakan kepada anda 13 tanda kanser rahim agar anda tahu membezakan antara kedua-dua kanser yang mengelirukan ini.

Namun sebelum itu, mari fahami mengapa kanser rahim terjadi.

Advertisement

Mengapa kanser rahim terjadi?

  • Kanser rahim terjadi mungkin kerana peningkatan hormon estrogen dalam badan.
  • Berikut antara beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian kanser rahim:
  • Pengambilan hormon estrogen dalam terapi
  • Obesiti
  • Sindrom polycystic ovarian
  • Pengambilan ubat tamoxifen
  • Tidak pernah mengandung
  • Mula datang haid pada usia yang muda
  • Haid berhenti pada lewat usia
  • Pengambilan alkohol
5 petanda awal kanser rahim - jangan terlepas pandang! 1
sistem reproduksi wanita

5 tanda kanser rahim – dari peringkat awal

Jangkitan human papillomavirus (HPV) juga antara faktor risiko utama untuk kanser rahim. Tanda kanser rahim terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pada peringkat awal, peringkat sederhana dan peringkat lanjut.

Jom lihat apakah tanda kanser rahim berdasarkan 3 peringkat ini.

Pada peringkat pertama, amat sukar untuk melihat tanda kanser rahim. Tapi, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan melakukan pemeriksaan sel HPV dalam rahim.

Tanda kanser rahim pada peringkat sederhana

Tanda kanser rahim akan semakin jelas pada peringkat sederhana. Antara tanda-tandanya ialah:

  1. Haid yang terlalu lama dengan darah yang banyak

tanda kanser rahim, tanda tanda kanser rahim, tanda tanda awal kanser rahim, tanda-tanda pra kanser rahim, tanda-tanda menghidap kanser rahim, kanser rahim, kanser serviks, tanda kanser serviks,

Sangat tidak normal jika anda perlu menukar pad setiap 2-3 jam sekali akibat pendarahan haid yang terlalu banyak. Ia mungkin disebabkan penyakit fibroid, ketidakseimbangan hormon atau endrometriosis.

2. Sakit ketika melakukan hubungan seks

tanda kanser rahim, tanda tanda kanser rahim, tanda tanda awal kanser rahim, tanda-tanda pra kanser rahim, tanda-tanda menghidap kanser rahim, kanser rahim, kanser serviks, tanda kanser serviks,

Jika anda mengalami rasa sakit yang berlebihan ketika berhubungan intim, anda perlu mendapatkan pandangan pakar. Ini merupakan salah satu tanda kanser rahim.

3. Pendarahan atau keluar cecair tidak normal dari faraj

Pendarahan tidak normal ini bermaksud mungkin berlaku sebelum tempoh haid atau selepas berhubungan seks pada bila-bila masa.

Cecair yang keluar dari faraj juga antara tanda kanser rahim yang paling selalu terjadi. Cecair ini mungkin berbau kurang menyenangkan, termasuk dengan darah atau dalam bentuk keputihan. 

4. Rasa sakit ketika kencing

tanda kanser rahim, tanda tanda kanser rahim, tanda tanda awal kanser rahim, tanda-tanda pra kanser rahim, tanda-tanda menghidap kanser rahim, kanser rahim, kanser serviks, tanda kanser serviks,

Jika anda rasa pedih dan seolah-olah terbakar ketika kencing, hati-hati! Ia mungkin tanda kanser rahim.

Namun, tanda ini juga mungkin bermaksud anda terkena jangkitan penyakit kelamin, masalah pundi kencing dan jangkitan yis.

5. Sakit di bahagian ari-ari

Jangan abaikan sahaja sekiranya anda mengalami rasa sakit di ari-ari atau bahagian bawah abdomen. Ia mungkin petanda kanser rahim.

Apapun, dapatkan pandangan doktor pakar dengan segera.

Jika saya ada tanda kanser rahim ini, apa patut saya buat?

Dapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar dalam kadar segera! Untuk melihat ketumbuhan dalam rahim, terdapat beberapa prosedur yang akan dijalankan.

Antaranya ialah imbasan ultrasound, hysteroscopy – prosedur memasukkan kamera ke dalam rahim, x-ray dada dan CT scan.

Rawatan untuk kanser rahim pula bergantung pada tahap mana kanser tersebut sudah merebak. Antara rawatan paling utama ialah membuang sel kanser terbabit dari badan.

Ia kemudiannya diikuti dengan kemoterapi dan radioterapi.

Kami mendoakan agar semuanya baik-baik saja buat anda sekeluarga. Pastikan anda peka dengan perubahan badan anda. Jangan berlengah jika anda mengesyaki sesuatu simptom.

Kongsikan artikel ini kepada semua wanita-wanita di luar sana agar kita semua bersedia untuk mengesan tanda kanser rahim.