5 Posisi Yoga Baik Untuk Wanita Hamil

Pregnancy Yoga, Fitness concept. Portrait of two attractive young pregnant yoga models posing with sport mats against white wall indoor. Pregnant smiling fitness women before practicing yoga at class

Bagi wanita zaman sekarang yang sangat mementing gaya hidup sihat,yoga adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil kekal aktif dan ia juga baik untuk fizikal dan emosi anda. Kelas yoga semasa kehamilan cenderung menggunakan teknik relaksasi dan pernafasan dengan postur yang disesuaikan untuk kehamilan.

Yoga juga dibuktikan dapat mengurangkan kebimbangan dan dapat membantu para ibu bertenang dalam proses kehamilan dan sewaktu melahirkan. Ia juga boleh meningkatkan kualiti tidur anda. Banyak teknik pernafasan yang anda gunakan dalam yoga boleh membantu anda bersedia untuk melahirkan.

Jika anda praktikkan semasa kelahiran anda, ia dapat membantu anda untuk tenang dan bernafas terus dalam kontraksi anda. Mengamalkan yoga semasa kehamilan juga dapat membantu melegakan kesakitan

5 POSISI YOGA YANG PATUT ANDA CUBA !!!

Anda boleh cuba 6 posisi yoga ini, dapat meredakan sakit belakang, masalah pencernaan, tekanan dan pelbagai masalah lain sepanjang 9 bulan kehamilan

  • Bound angle pose (Baddha Konasana)

Posisi ini adalah untuk berlatih membetulkan postur badan yang baik dan bernafas secara mendalam. Posisi ini juga membantu anda untuk memperbaiki peredaran darah dengan melakukan sedikit urutan pada kaki dan betis

How to do it:-

Duduk di atas lantai atau sebarang permukaan yang selamat dan rata. Kemudian bawakan kaki anda rapat ke hadapan lantai pelvik. Pegang kaki anda menggunakan kedua telapak tangan anda, duduk secara menegak dalam beberapa saat. Kemudian gerakkan badan anda ke hadapan untuk menambahkan sedikit rengangan. Rujuk gambar di bawah…

5 Posisi Yoga Baik Untuk Wanita Hamil 1
Young attractive woman practicing yoga, sitting in Butterfly exercise, baddha konasana pose, working out, wearing sportswear, blue suit, indoor full length, white loft studio background
  • Cat/Cow Pose

Sekiranya anda mengalami sakit belakang, ini adalah pergerakan asas meluruskan tulang belakang dan membolehkan perut anda tergantung, yang dapat mengurangkan ketegangan. Ia juga boleh membantu menggerakkan bayi ke kedudukan yang optimum untuk dilahirkan. Untuk memaksimumkan posisi ini, pernafasan anda dan perengangan badan anda mestilah selari

How to do it:-

Letakkan diri anda dlm posisi merangkak. Pastikan kepala anda lurus. Tarik nafas secara mendalam dan angkat dagu anda. Tolakkan sedikit kepala anda kebelakang. Lengkungkan badan anda ke bawah seperti ‘cow pose’ , dan bengkokkan badan anda ke atas seperti ‘cat pose’. Tahan posisi tersebut dalam 30 hingga 90 saat. Ikut posisi badan anda seperti gambar di bawah

5 Posisi Yoga Baik Untuk Wanita Hamil 2
Cow Pose
5 Posisi Yoga Baik Untuk Wanita Hamil 3
Cat Pose
  • Downward facing dog

Posisi ‘downward facing dog’ ini sangat baik untuk membantu meredakan ketegangan belakang dan bahu.

Nota: Gambar dibawah tidak menggunakan dinding. Untuk modifikasi, letakkan tangan anda di atas dinding atau kerusi, bengkokkan badan anda mengikut fleksibiliti tersendiri. Ini adalah salah satu posisi yang mudah untuk dilakukan

5 Posisi Yoga Baik Untuk Wanita Hamil 4
Full length portrait of young pregnant fitness model in white sportswear doing yoga or pilates training, downward facing dog posture, adho mukha svanasana, white background, studio, isolated
  • Goddess pose

Postur ini membantu menguatkan kaki dan menggalakkan bukaan pinggul – komponen utama proses kelahiran!

How to do it:-

Berdiri dalam posisi skuad, kemudian bengkokkan lutut anda. Ia dapat dilakukan sama ada dengan bantuan dinding ataupun tidak bergantung kepada kestabilan diri masing – masing. Lihat gambar dibawah…

5 Posisi Yoga Baik Untuk Wanita Hamil 5
Sporty beautiful young woman in white sportswear standing in Goddess, temple or sumo pose, doing exercise for knees, leg muscles, studio full length shot on white background, front view, isolated
  • Warrior Pose

Posisi ‘warrior pose’ ini sangat membantu untuk menguatkan kaki anda dan pada masa yang sama ia menyokong tumbesaran bayi dalam perut

How to do it:-

Mulakan posisi ini dengan berdiri di atas tikar yoga dengan menjarakkan kaki anda antara satu sama lain. Luncurkan salah satu kaki anda ke belakang, dan jengketkan kaki anda. Depakan tangan anda ke sisi selari dengan permukaan lantai. Luruskan salah satu kaki anda dan pada masa yang sama bengkokkan kaki yang lagi satu. tahan dalam posisi tersebut dalam 30 hingga 90 saat. Kemudian tukar bahagian kaki yang lain

5 Posisi Yoga Baik Untuk Wanita Hamil 6
Young sporty woman practicing yoga, doing Virabhadrasana 2 exercise, Warrior Two pose, working out, wearing sportswear, black pants and top, indoor full length, yoga studio

Banyak lagi posisi yoga lain yang anda boleh cuba diluar sana. Selamat Mencuba & Semoga dapat membantu !!!