5 Sebab Utama Kurangkan Penggunaan Sarung Tangan Bayi (Mittens)

Tahukah anda, adalah baik bagi bayi untuk tidak menggunakan ‘mittens’ terlalu lama. Sarung tangan bayi dapat membantutkan deria rasa dan rangsangan dia pada persekitarannya.

Biarkan bayi anda leraikan genggaman tangannya dan terus meneroka dalam dunianya sendiri. Dengan ini anda dapat membantu perkembangan otak bayi anda walaupun penglihatan mereka kurang jelas.

  • Bayi menggunakan deria rasa melalui sentuhan untuk merasai persekitarannya. Dari sinilah rangsangan otaknya berkembang
5 Sebab Utama Kurangkan Penggunaan Sarung Tangan Bayi (Mittens) 1
  • Bayi sangat suka dan kagum denga tangannya sendiri. Jika anda perasan, bayi jadi leka bermain dan asyik melihat jarinya sendiri berulang kali

  • Bayi suka explore terhadap ‘gag reflex’ yang merangsang kebolehannya untuk makan bila umur mencecah 6 bulan. Bayi amatlah suka masukkan tangan ke dalam mulut

  • Menjaga kebersihan bayi dengan merengangkan genggaman tangannya. Lebih lama dipakaikan sarung tangan akan meninggalkan kesan daki
5 Sebab Utama Kurangkan Penggunaan Sarung Tangan Bayi (Mittens) 2
  • Yang selalu menjadi sebab utama pemakaian ‘mitten’ adalah bayi sering mencederakan dan mencakar mukanya sendiri. Namun sebenarnya bayi dapat belajar melindungi dirinya melaui refleks kerdipan mata