5 Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Emosi Yang Stabil

‘Parenting’ adalah perkataan biasa yang sering digunakan. Sebagai ibu bapa dalam mendidik anak – anak adalah satu tanggungjawab yang besar dalam pelbagai aspek. Pada pendapat saya, kestabilan dan kesejahteraan emosi kanak – kanak adalah aspek yang penting dalam membentuk keperibadian seseorang

Kenapa ?

Ibu bapa adalah peranan utama yang membantu memupuk sifat keperibadian untuk melindungi anak – anak daripada kemurungan, masalah pemakanan, tingkah laku anti sosial dan masalah – masalah lain lagi. Aspek kerohanian secara langsung dapat membantu kepada kestabilan emosi kepada seseorang

5 Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Emosi Yang Stabil 1
happy little kid thinking

Tips untuk membesarkan anak dengan emosi yang stabil

  • Layan anak anda dengan hormat (Treat your child with respect)

Bertutur dengan mereka secara sopan. Hormat pendapat mereka. Beri perhatian apabila bercakap dengan dia. Layan dengan baik. Ini adalah kerana kanak-kanak akan jadikan kita sebagai contoh dalam kehidupan dan keperibadian mereka, kita adalah cerminan mereka. Hubungan ibu bapa dan anak adalah asas bagi hubungan mereka dengan orang lain

  •  Tunjukkan perasaan sayang anda kepada mereka (Let them know you love them)

Tingkatkan keyakinan mereka dengan menyayangi mereka dan meggunakan kata – kata positif daripada mengkritik. Semakin anda membuat mereka merasa dihargai di rumah, semakin baik kemampuan mereka dapat menangani masalah kehidupan

  • Galakkan mereka untuk mempunyai matlamat hidup yang tinggi

Memotivasikan mereka dengan memberi nasihat seperti ‘Lakukan ini supaya kita mendapatkan keberkatan dan kesenangan Allah’ agar mereka tahu tujuan hidup kita di dunia sebagai hambaNya

  • Tahu untuk bila mana perlu tegas dan baik terhadap anak – anak
  • Jangan menggunakan kata – kata yang kasar