6 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil

Penjagaan makanan ketika hamil adalah sangat penting bagi para ibu dan bayi dalam kandungan bagi memastikan anda memenuhi keperluan nutrisi untuk si manja anda. Disini terdapat 6 makanan yang sangat baik dan berkhasiat khususnya untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

  • Buah delima
6 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil 1

Buah delima adalah buah yang kaya dengan zat besi , kalsium , protein, serat dan beberapa vitamin dan mineral lain. Ia juga baik untuk membantu pembentukkan tulang bayi dalam perut dan membantu perkembangan otak bayi. Kebaikan buah ini untuk ibu hamil pula adalah kulit anda akan makin cerah dan gebu dan juga mencegah kekejangan pada kaki anda.

  • Kurma ajwa
6 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil 2

Kurma dapat memberi tenaga kepada ibu hamil dan membantu melancarkan denyutan jantung, tekanan darah dan merawat sembelit. Selain itu, ia juga baik untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah anemia, pening, mual ibu hamil dan membantu ibu Hermoglobin (HB) ibu ke paras normal.

  • Madu
6 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil 3

Madu adalah makanan yang terkenal dengan khasiatnya yang bagus yang diperlukan oleh badan manusia seperti air, enzim, mineral , vitamin dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Ibu mengandung juga harus pandai membezakan madu asli dan tiruan yang ditambah gula. Madu mengandungi antibiotik semulajadi, melegakan ketidakselesaan perut, kurangkan mabuk mengandung dan mengurangkan alergik.

  • Minyak zaitun
6 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil 4

Minyak zaitun sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi kerana ia mengandungi vitamin E. Selain itu, ia dapat menghaluskan kulit dan mengurangkan penuaan, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan bayi dan mencegah sembelit.

  • Kacang badam
6 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil 5

Badam mempunyai protein yang baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. nutrisi yang baik bagi tubuh termasuk bagi Ibu hamil, seperti karbohidrat, protein, vitamin, serat tinggi, mineral, dan lain sebagainya. IQ bayi juga dapat  berkembang dengan baik. Dengan mengamalkan memakan badam, ia dapat mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Advertisement
  • Minyak kepala dara
6 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil 6

Minyak kelapa dara dapat mengurangkan kesakitan ketika bersalin. Bahagian peranakan akan jadi lembut sebelum berlakunya kontraksi untuk melahirkan bayi. Selain itu, minyak kepala dara juga dapat menghilangkan strenchmark, mengatasi GBS ibu hamil, kurangkan mabuk hamil, dan dapat mengawal kandungan gula dalam darah.

Amatlah penting untuk ibu hamil sentiasa amalkan makanan-makanan diatas untuk melahirkan bayi yang sihat sempurna tubuh badan. Elakkan makan makanan segera seperti maggi, burger dan sebagainya.