Sembelit adalah dimana keadaan pergerakan usus anda adalah perlahan dan menyukarkan proses pencernaan. Sekiranya anda benar-benar mahu melegakan masalah ini, anda harus menjaga sistem pencernaan anda. Oleh kerana ubat-ubatan terdapat banyak kesan sampingan, di artikel ini terdapat cadangan ubat-ubatan semula jadi iaitu jus untuk merawat sembelit.
Ramai di antara anda mempunyai kecenderungan mengabaikan masalah sembelit. Antara sebab berlakunya sembelit adalah tidak cukup serat pemakanan, stress, perubahan secara tiba-tiba, strok, kecederaan saraf tunjang, diabetes dan sebagainya.
Berikut adalah lima jus buatan sendiri yang mudah untuk anda ikuti:
- Jus buah epal
Epal kaya dengan serat, mineral, dan vitamin. Serbuk benih pada buah ini kaya dengan serat pemakanan dan membantu mengekalkan air dan memudahkan pergerakan usus halus.

- Jus buah oren
Buah oren mempunyai sumber yang kaya dengan vitamin C, mineral, dan serat makanan. Serat pemakanan dapat membantu mengekalkan air sehingga merangsang pergerakan usus.

- Jus buah lemon
Lemon kaya dengan serat dan vitamin C, ia bukan sahaja membantu merawat sembelit tetapi ia juga meningkatkan sistem imunisasi dan membantu dalam menjaga sistem pencernaan yang sihat.

- Jus buah prun
Buah prun mengandungi serat makanan, ia juga membantu mempercepatkan pergerakan usus. Buah ini juga mempunyai sifat antioksidan yang membantu menghilangkan toksin dari badan.

- Jus buah pir
Buah ini kaya dengan serat dan mempunyai hampir dua kali jumlah sorbitol apabila dibandingkan dengan prun. Oleh kerana sorbitol membantu dalam memudahkan pergerakan usus, minum jus pir akan membantu merawat sembelit.

- Jus limau
Limau kaya dengan vitamin, mineral, dan serat yang membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menjaga kesihatan anda.

Demi menjaga kesihatan anda, kenalpasti dahulu tanda-tanda sembelit seperti sakit perut, sukar untuk membuang air besar, kembung perut dan muntah. Segera dapatkan rujuk ke hospital atau klinik berhampiran anda. Dengan menyediakan jus buatan sendiri seperti di atas, ianya akan lebih membantu merawat sembelit yang anda sedang hadapi. Semoga bermanfaat.