6 Manfaat Teh Hijau

Tea picker woman's asian hands - close up,pretty tea-picking girl in plantation.

Teh hijau memberi banyak manfaat untuk kesihatan dan kebanyakkan mereka mengamalkannya untuk diet. Ini adalah senarai teh hijau yang mempunyai manfaat yang sangat baik untuk anda sekeluarga.

  • Kurang risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson

Teh hijau berfungsi untuk mengurangkan risiko daripada penyakit Alzheimer dan Parkinson. Teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mati dan membina semual sel-sel otak yang rosak.

  • Mengurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai kandungan polifenol yang berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.

  • Mengurangkan  kolestrol

Teh hijau dapat menambah kolestrol yang baik dan seterusnya mengurangkan kolestrol tidak baik dalam darah. Selain itu juga, teh hijau membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang masa dan dengan itu, ia dapat mengelakkan anda dari mengambil makanan sampingan.

  • Menurunkan berat badan

Teh hijau meningkatkan metabolisme dalam badan. Ini kerana, ia mempunyai Poliphenol yang berfungsi untuk menukarkan makanan kepada kalori dan meningkatkan tahap pengoksidaan lemak.

  • Baik untuk jantung

teh hijau dapat membantu saluran darah kekal tenang. Ia juga boleh melindungi daripada pembentukan gumpalan, yang merupakan penyebab utama serangan jantung. Dengan itu, ia dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Advertisement
  • Kulit menjadi lebih sihat

Teh hijau juga sangat membantu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang terjadi disebabkan daripada aktiviti antioksidan dan anti keradangan. Teh hijau yang digunakan secara topikal dapat mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari.

6 Manfaat Teh Hijau 1
View of green tea drink

Walau anda perlu diingat bahawa teh hijau juga mengandungi kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun, kandungan kafein dalam teh hijau adalah rendah berbanding dengan kopi atau minuman lain.