6 Mitos Mengenai Mata

Mempunyai mata yang kekal jelas melihat adalah idaman bagi semua, terutamanya apabila sudah menjangkau usia. Walaupun sudah mempunyai bantuan yang memudahkn seperti kaca mata, bagi usia yang makin tua ia masih lagi terhad untuk melihat lebih-lebih lagi penglihatan yang kabur bermula apabila sudah lanjut usia.

Selain dari mengamalkan vitamin dan zat untuk menjaga kesihatan mata, beberapa nasihat juga perlu diambil tahu. Namun, beberapa nasihat itu hanyalah mitos semata-mata. Mari kita ketahui mitos-mitos dalam penjagaan mata dan ketahui apakah alasan disebalik mitos itu.

  • Makan lobak memperbaiki penglihatan

Lobak mempunyai vitamin A yang banyak dan merupakan zat yang diperlukan mata. Jadi kekurangannya boleh menyebabkan kesihatan mata merundum, namun pengambilan suplemen vitamin A secara berlebihan adalah tidak digalakkan untuk badan.

  • Meminjam cermin mata orang lain boleh merosakkan mata

Memakai cermin mata milik orang lain yang tidak sesuai dimata kita adalah tidak membahayakan sama sekali sebaliknya boleh mencari jenis cermin mata yang sesuai dapat membantu memulihkan penglihatan.

  • Menonton tv terlalu dekat boleh merosakkan mata

Masih tiada bukti ilimiah yang menghubungkan mata dan tv boleh berlaku kerosakan, namun jika tidak boleh menonton dengan jarak jauh, segera dapatkan bantuan pakar

  • Membaca dengan cahaya yang suram boleh merosakkan mata

Membaca dengan keadaan yang suram hanya dapat membuatkan mata menjadi letih. Jadi membacalah di bawah cahaya yang terang agar mata kita tidak cepat letih.

6 Mitos Mengenai Mata 1
Mother with cute son. Family buy glasses
  • Skrin komputer boleh membahayakan mata

Mata menjadi lelah adalah bukan semata-mata menghadap skrin komputer terlalu lama, tetapi cara pengunaan yang tidak tepat. Hendaklah merehatkan mata untuk sementara seperti mengerdipkan mata seketika bagi merehatkan mata sebentar sebelum menyambung kerja.

  • Pengunaan cermin mata atau lensa mata meyebabkan kebergantungan

Memakai cermin mata atau lensa tidak akan meyebabkan kebergantungan sama sekali malah faktor-faktor lain seperti genetik boleh membuatkan kemampuan mata menurun.