6 Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Penyediaan Makanan Bayi

Bayi memerlukan diet yang seimbang, sepertimana orang dewasa. Bayi sangat sensitif dengan persekitaran mereka, para ibu perlu peka dalam aspek makanan bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka setiap hari. Dalam menyediakan makanan untuk bayi ada beberapa perkara yang perlu dielakkan, iaitu seperti berikut:

  1. Jangan tambah garam, gula, kicap ke dalam makanan bayi, terutama jika umur di bawah 1 tahun.
  2. Elakkan menggoreng makanan untuk bayi dalam kuantiti minyak yang banyak.
  3. Elakkan pemberian putih telur sebelum mencapai usia 1 tahun untuk mengelakkan alahan.
  4. Elakkan memberi makanan seperti bijian, anggur dan sayuran mentah. yang boleh menyebabkan bayi tercekik.
  5. Gunakan peralatan memasak yang dikhaskan untuk memasak makanan bayi sahaja, jangan guna mesin pengisar cili untuk mengisar makanan bayi.
  6. Elakkan menambah terlalu banyak air ke dalam makanan sebaliknya ibu boleh menambah susu ibu, stok ayam, ikan bilis, sayuran atau sedikit minyak sayuran untuk mencapai kepekatan yang diingini.

Dengan mengikuti perkara ini, anda dapat memastikan proses penyediaan makanan bayi anda selamat dan bersih. Proses ini sangat penting supaya bayi mendapat makanan yang berkhasiat dan memenuhi nutrisi harian mereka. Selamat menyediakan juadah dengan penuh kasih sayang buat si manja.

6 Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Penyediaan Makanan Bayi 1