6 Saranan Pakar Tentang Daging Merah

Female butcher cutting fresh meat in a butcher shop with metal safety mesh glove

Musim raya Aidiladha yang telah pun berlalu, pasti ramai seronok menikmati daging segar yang dapat ketika ibadah korban. Tetapi tahukah anda daging merah berisiko untuk mendapat kanser kerana daging yang sudah dimasak boleh mempengaruhi hormon di dalam badan kita atau mungkin juga hormon yang telah disuntik kepada lembu tersebut untuk tumbesarannya. Horman itulah yang boleh meransang kanser berlaku dalam badan kita. Jom ikuti beberapa langkah sihat yang boleh mengelakkan kanser daripada berlaku

  • Kuantiti daging merah sekurang-kurangnya 80 gm sehari sudah cukup untuk pemakanan seharian kita dan makan bersama sayur-sayuran
  • Dalam hidangan daging kisar, kurangkan daging merah dan campurkan bersama kentang atau kekacang
6 Saranan Pakar Tentang Daging Merah 1
  • Jika saiz hidangan daging besar untuk makan tengahari, pada waktu makan malam elakkan makan sajian daging dan gantikan dengan hidangan protein yang lain
  • Kurangkan pengambilan daging yang sudah diproses seperti sosej atau daging burger dan gantikan dengan ayam, tuna dan telur
  • Gantikan menu diet anda dari daging panggang kepada ayam panggang, ikan bakar atau sumber protein yang lain
  • Hadkan makan segera seperti daging burger, sosej dan nugget kepada 2 ke 3 kali sebulan sahaja