6 Tip Mesti Ikut Bila Benarkan Anak Main Gajet

kids-gadget

Kanak-kanak zaman sekarang memang sinonim dengan gajet. Lahir-lahir sahaja sudah tahu beri tindak balas kepada gajet. Mahu atau tidak, ibu bapa hari ini memang tak boleh lari daripada memperkenalkan anak kepada gajet. Bagaimanapun jangan sampai gajet itu menjadi tuan kepada anak anda. Sekiranya sedang memikirkan sebuah gajet untuk dibelikan kepada anak anda, lebih baik semak dahulu tip beriktu agar gajet yang dibeli itu berbaloi untuk perkembangan anak dan dalam masa yang sama tidak membawa keburukan kepada anak.

1. Pilih gajet sesuai dengan keperluan

Sebagai peringkat pengenalan, cukup sekadar pilih gajet yang asas dengan harga yang berpatutan sahaja. Apatah lagi jika ia hanya digunakan untuk bermain game dan belajar sahaja. Tak perlu membeli tablet atau komputer riba dengan spesifikasi tinggi yang sudah tentu mahal harganya.

2. Beli gajet tahan lasak

Pilih gajet yang tahan lasak untuk digunakan oleh anak. Ada banyak pilihan gajet yang tahan lasak, kalis air dan kalis debu di pasaran. Jika perlu beli aksesori tambahan untuk melindungi skrin dan badan peranti kelak.

3. Harga bersesuaian

Advertisement

Sudah tentu faktor harga menjadi aspek utama yang dipertimbangkan apabila membeli gajet. Pilihlah yang mampu dimiliki dan tidak membebankan serta mempunyai spesifikasi yang sesuai untuk si kecil.

4. Pilih gajet tanpa simkad

Kanak-kanak biasanya menggunakan gajet hanya untuk bermain permainan interaktif dan melayari internet. Sebaiknya pilih gajet yang tidak menggunakan sim kad. Ia dapat mengurangkan risiko anak-anak mengakses internet yang berpotensi memberi kesan negatif kepada mereka.

5. Gajet dengan ciri masa

Biasanya kanak-kanak mudah leka setiap kali mereka bermain gajet. Oleh itu apa kata pilih gajet yang menyediakan ciri yang boleh menghadkan masa penggunaannya. Dengan cara ini, ia membantu anda mengawal anak mennggunakan gajet tersebut.

6. Gajet untuk tujuan pendidikan

Sebaiknya pilih gajet yang khusus untuk kanak-kanak. Misalnya yang ada aplikasi pendidikan seperti membaca, mengenal huruf, mengaji dan banyak lagi. Kanak-kanak lebih cenderung menyukai sesuatu yang lebih berwarna dan interaktif untuk menambah minat mereka untuk belajar.