7 Cara Didik Cucu Berdikari

Portrait of happy girl and her grandmother looking at camera at home

Seringkali kita perhatikan apabila atuk dan nenek yang menjaga cucunya sendiri akan memanjakan mereka. Namun dari kita terlalu memanjakannya, boleh juga kita mendidiknya agar belajar berdikari kerana apabila cucu sudah biasa berdikari di waktu muda, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada anda sehingga mereka dewasa kelak. Bak kata orang tua-tua “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Perubahan zaman juga merupakan cabaran untuk mendidik cucu anda, terutamanya generasi kini yang telah dikelilingi oleh kepesatan teknologi.

  • Biasakan cucu melakukan kerja

Galakkan cucu melakukan kerja yang disukainya dan secara beransur menyuruhnya membantu untuk melakukan kerja-kerja yang lain. Contohnya, mengemas katil sendiri setelah bangun dari tidur dan mengemas semula permainan ke tempat asal setelah habis bermain.

  • Galakkan cucu membantu ketika di rumah

Mengajak cucu membantu dalam tugas rumah seperti menyiram pokok bunga, membasuh pinggan dan sebagainya. Namun perlu mengajak dengan nada yang lembut agar cucu tidak rasa dipaksa.

  • Tunjukkan contoh baik

Lakukan kerja-kerja secara berhemah dan sentiasa berwaspada dengan perkataan-perkataan yang digunakan. Ini kerana cucu akan meniru dan mengikut perbuatan orang yang rapat dengannya.

  • Biasakan cucu untuk mengurus diri

Asah cucu yang sudah ke alam persekolahan dalam kepentingan mengurus diri seperti sangkut baju setelah dipakai dan memasukkan baju kotor kedalam bakul.

Advertisement
  • Displin

Dalam keadaan tertentu, boleh bertindak tegas akan tetapi haruslah berpada-pada, kerana dikhuatiri jika terlalu tegas cucu boleh hilang minat untuk melakukan sesuatu atau mendengar arahan.

7 Cara Didik Cucu Berdikari 1
Portrait of diligent little schoolboy sitting at table and reading book with grandparents touching pages. Senior man and woman wearing glasses looking at grandson and smiling
  • Selesaikan masalah sendiri

Galakkan cucu agar tidak terlalu bergantung kepada nenek, datuk atau orang lain sebaliknya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah. Namun, harus berwaspada agar cucu tidak bertindak di luar dugaan.

  • Jangan manjakan dengan kemewahan

Dari memberi kepada cucu segala yang dihajati, latih cucu untuk berjimat-cermat atau didik agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu agar mereka tahu betapa susahnya untuk mencari rezeki.