6 Kebaikan Lanjutkan Tempoh Penyusuan Badan

Portrait of a young attractive woman breastfeeding a child, holding on her knees. New born, bonding concept photo, view over the doorway, lifestyle

Pediatrik sering mengesyorkan penyusuan sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih – tetapi kebanyakan ibu di luar sana juga yang berbuat sedemikian. Ketahui kebaikan dalam melanjutkan tempoh penyusuan bagi ibu dan bayi

Tidak dinafikan juga adalah sukar untuk mengurus penyusuan badan terutama pada zaman sekarang di mana para ibu sibuk dengan kerjaya masing – masing. Walaubagaimanapun, keputusan untuk menyusukan bayi adalah peribadi. Sebagai seorang ibu yang baru, anda patut mendapat sokongan dalam apa sahaja keputusan untuk memberi jenis makanan kepada bayi anda.

  • Susu ibu membekalkan nutrisi yang baik untuk bayi anda

Kebanyakan orang berfikir bahawa tiada nutrisi yang dapat dibekalkan kepada bayi selepas satu tahun penyusuan susu ibu, dan ia adalah sama sekali salah. Bayi anda masih mendapat manfaat daripada protein, kalsium, lemak, vitamin A, dan nutrien lain dalam susu ibu

  • Meningkatkan sistem imunisasi

Bayi yang diberi susu ibu mempunyai statistik yang lebih rendah untuk mendapat penyakit dan kadar kematian

  • Membuatkan ibu menjadi lebih sihat

Sewaktu penyusuan badan ibu akan mengeluarkan hormon oxytocin, yang membantu rahim anda kembali ke saiz pra-kehamilan dan boleh mengurangkan pendarahan rahim selepas kelahiran. Ia juga boleh mengurangkan risiko osteoporosis anda.

Oleh itu, para ibu yang menyusu mempunyai lebih tipis risiko untuk mendapat penyakit seperti kanser payudara, kanser ovari dan kanser servik. Manfaatnya adalah kumulatif, bermakna jika seorang ibu menyusu dua bayi selama dua tahun setiap satu, manfaatnya adalah sama dengan seorang ibu yang menyusu empat bayi setiap satu tahun.

6 Kebaikan Lanjutkan Tempoh Penyusuan Badan 1
Newborn babe napping on woman arms. Young happy mother tenderly hugging sleeping adorable healthy new born child. Focus on little kid. Love, bonding, happy family concept. Close-up portrait
  • Menggalakkan perkembangan otak

Kajian telah menunjukkan bahawa menyusu badan membantu meningkatkan perkembangan otak pada bayi. Dan bukan sahaja dari segi nutrien, pakar juga mengatakan bahawa bayi yang menyusu terus daripada ibu pada posisi yang berbeza, mempunyai keupayaan untuk melihat dan mencapai arah yang berbeza

  • Menenangkan bayi & ibu

Penyusuan ibu adalah waktu untuk ibu dan bayi, tetapi ia juga merupakan cara menenangkan bayi dalam keadaan tertekan. Tempoh ini adalah cara untuk mengalih perhatian dan menenangkan kanak-kanak itu

Bagi ibu menyusukan adalah peluang untuk duduk dan tenang, ia adalah masa yang tepat untuk dia dan bayi

  • Membantu para ibu untuk menurunkan berat badan

Penyusuan ibu dapat membantu membakar banyak kalori, jadi ia boleh membantu anda mengurangkan berat badan sewaktu kehamilan dengan lebih cepat. Menurut kajian Disember 2018 yang diterbitkan dalam Journal of Women’s Health, penyusuan susu ibu selama sekurang-kurangnya dapat membantu para ibu untuk menurunkan berat badan – walaupun 15 tahun selepas bersalin.