7 Khasiat Yoghurt Untuk Kecantikan

Dengan hanya mengunakan bahan yang mudah kita mampu mengekalkan kecantikan dalaman dan juga luaran. Pelbagai bahan semulajadi atau bahan yang mudah didapati dimana-mana dapat membantu mengekalkan kecantikan diri kita antaranya dengan mengunakan yogurt.  Namun tetapi, untuk melakukan rawatan tubuh, wajah dan rambut hendaklah hanya mengunakan yogurt asli sahaja.

  • Kulit lebih halus

Lakukan perawatan kulit wajah mengunakan yogurt 2 hingga tiga kali seminggu dengan membiarkannya selama 10 hingga 15 minit sebelum membilas mengunakan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri-seri.

  • Atasi kulit terbakar

Kesan setelah terdedah lama di bawah cahaya matahari kulit akan kemerahan dan mengelupas. Antara cara mengatasinya ialah, merawat kulit dengan campuran yogurt dan minyak pati bunga Chamomil.

  • Bantu mengecutkan jerawat

Gantikan krim jerawat dengan yogurt. Setelah membasuh muka, sapukan yogurt di kawasan tumbuh jerawat dan dibiarkan selama 30 minit. Jerawat akan beransur kecut.

  • Kulit lebih cerah sekata

Selain atasi kulit terbakar, campuran yogurt bersama pati lemon dapat membantu mendapatkan tona kulit warna yang lebih sekata. Lakukannya 3 kali seminggu untuk melihat hasilnya.

  • Rahsia awet muda

Garis-garis halus boleh dihilangkan dengan mengunakan yogurt sebagai masker. Campurkan minyak zaitun bersama dan lakukan 3 kali seminggu. Wajah akan lebih mulus dan garisan halus akan beransur hilang.

  • Buang sel kulit mati

Parutan timun digaulkan bersama yogurt sebelum disapukan ada wajah dan selruh tubuh selam 15 hingga 20 minit. Sebelum membilasnya, gosok secara perlahan-lahan untuk menanggalkan sisa ramuan tersebut. Hasilnya kulit lebih lembut dan sel kulit mati dapat dihindari.

  • Rambut lebih sihat dan bersinar

Kandungan vitamin D, kalium, kalsium dan protein dapat membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar. Selain itu dapat mengatasi masalah rambut seperti rambut bercabang, kering dan kasar. Lumurkan yogurt pada rambut dan balut rambut selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas.