7 Manfaat Jus Limau Buat Ibu Hamil

Wanita hamil sering mengalami dehidrasi. Cara berkesan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan jus buah-buahan. Hal ini kerana kandungan jus itu sendiri yang sihat dapat mengekalkan ibu hamil terhidrat. Ramai wanita sebenarnya mengidamkan jus limau semasa mengandung. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin C dalam badan.

Ketahui 7 manfaat jus limau buat ibu hamil:

  • Sumber vitamin C

Wanita hamil sering mengalami kekurangan vitamin C. Buah-buahan jeruk seperti limau adalah sumber vitamin C yang sangat baik. Oleh itu, pengambilan jus limau boleh memberikan tubuh dengan tambahan vitamin C, menurunkan keperluan suplemen vitamin.

  • Mengurangkan masalah sembelit

Sembelit dan senak adalah sebahagian dan kehamilan. Jus limau mampu mengendalikan pergerakan usus dengan lebih mudah, sekali gus mencegah keadaan seperti sembelit dan cirit-birit. Penggunaan berterusan jus limau menjadikan pergerakan usus menjadi lancar, dan menyembuhkan pencernaan selain menjaga anda daripada terhidrasi.

  • Mempunyai kandungan antioksidan

Kandungan vitamin C antioksidan dalam limau bertindak sebagai pembersih besar untuk membuang toksin dan radikal bebas dari sistem anda. Jus limau nipis pasti akan membantu melindungi anda dari jangkitan yang tidak diingini.

  • Kebaikan kepada bayi dalam kandungan

Bukan sahaja anda, tetapi juga bayi dalam kandungan juga boleh mendapat manfaat daripada jus limau yang anda amalkan. Buah limau mengandungi tahap kalium yang tinggi, ia dapat membantu membina tulang pada bayi serta memudahkan perkembangan sel-sel otak dan saraf.

Advertisement
  • Menangani masalah tekanan darah tinggi

Jus limau boleh membantu menurunkan tekanan darah anda dan memastikan kehamilan anda selamat. Amalkan meminum jus limau sekali dalam sehari dan seterusnya ia akan membantu menormalkan tekanan darah.

  • Merawat kaki bengkak

Bengkak pada kaki semasa sedang sarat hamil boleh menjadi rumit dan menyakitkan. Di sini juga, jus limau boleh dijadikan sebagai penyelamat anda! Minum satu sudu teh jus limau dengan segelas air suam dapat membantu dalam mengurangkan bengkak pada kaki semasa hamil.

  • Menghalang pelbagai penyakit

Jika anda mengamalkan jus ini secara berterusan semasa hamil, ia dapat menghalang pelbagai ketidakselesaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pedih ulu hati dan kembung. Sebagai sumber kalsium dan magnesium yang baik, ia membantu mengubati penyakit seperti asma, sejuk, dan demam. Ia juga memudahkan penyerapan zat besi yang betul, sekali gus menghalang anemia semasa kehamilan.

Untuk pengetahuan anda, dengan mengamalkan jus setiap hari, ia tidak akan membahayakan bayi anda. Malah, ia dapat membantu menjadikan tempoh kehamilan anda lebih sihat. Semoga bermanfaat.