8 Khasiat Bawang Putih

Bawang putih adalah bahan yang biasa digunakan didalam bahan masakan masayarakat melayu. Namun, ramai mereka diluar sana yang tidak gemar memakan bawang putih ini kerana dipercayai akan memyebabkan bau badan. Namun, anggapan mereka adalah salah, kerana bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan anda.

Terdapat 8 khasiat bawang putih yang anda perlu tahu:

  • Mencegah keracunan makanan

Bawang putih mengandungi ciri-ciri antibakteria, antimikrob dan juga antivirus. Sebagai agen antibakteria yang kuat, ia mampu untuk membunuh bakteria yang merbahaya kepada badan manusia seperti salmonella, staphyloccocus dan e coli. Oleh itu, pengambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadinya keracunan makanan.

  • Merawat masalah jerawat

Sifat anti oksida dan antibakteria yang terdapat pada bawang putih dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka yang berjerawat. Ciri antibakteria yang ada pada bawang putih mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat secara perlahan-lahan. Ia juga dapat bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.

  • Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan antioksidan dalam bawang putih dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah daripada dijangkiti demam dan selsema.

  • Meningkatkan meatbolisme badan

Bawang putih mampu meningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel-sel lemak dalam badan. Campuran bawang putih, madu dan cuka juga elok diminum selalu kerana ia sangat berkesan untuk membuang lemak daripada badan.

Advertisement
  • Mencegah risiko kanser

Pengambilan bawang putih yang konsisten setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, terutamanya kanser perut, kanser kolon dan kanser prostate. Kandungan mineral bawang putih didapati memiliki ciri-ciri anti barah yang dapat menghambat pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.

  • Mencegah penyakit diabetes

Bawang putih dapat mengawal jumlah kandungan gula dalam darah dan membantu menyelia tahap insulin dalam tubuh. Dengan pengambilan bawang putih, ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit diabetes.

  • Membuang angin dalam badan

Sesetengah orang memang kerap mengalami masalah kemasukan angin dalam badan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kembung perut. Petua untuk melegakan masalah angin juga melibatkan penggunaan bawang putih.

  • Mengurangkan masalah sakit gigi

Bawang putih dipercayai bahawa ciri-ciri antibakteria dan analgesik yang terdapat pada bawang putih dapat membantu mengurangkan sakit gigi anda sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Bawang putih adalah bahan makanan yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Bawang putih boleh dimakan secara mentah, bakar, tumbuk, atau goreng. Ramai orang yang lebih gemar menggunakan kaedah secara goreng kerana ia boleh dimakan begitu sahaja atau campurkan ke dalam sup sayur, bubur nasi, nasi hangat.

8 Khasiat Bawang Putih 1