8 Makanan Sunnah Yang Perlu Diamalkan

Sesetengah masyarakat masih beranggapan makanan sunnah adalah makanan biasa. Namun, mereka tidak tahu bahawa makanan sunnah dapat memberi kebaikan yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Sebagaimana Rasulullah S.A.W mengamalkannya dan menyarankan kita untuk mengambil makanan sunnah antarannya buah zaitun, kurma dan madu.

  • Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

8 Makanan Sunnah Yang Perlu Diamalkan 1
  • Madu

Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.

8 Makanan Sunnah Yang Perlu Diamalkan 2
  • Kismis

Kismis adalah sejenis anggur kering yang kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.

8 Makanan Sunnah Yang Perlu Diamalkan 3
  • Minyak zaitun

Salah satunya khasiat minyak zaitun adalah ia dapat meremajakan kulit. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih halus. Tidak hairanlah kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.

  • Habbatus sauda’

Sekarang ni, Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu.

Advertisement
  • Cuka tamar atau cuka epal

Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit. Kedua-dua bahan ini dapat memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna.

  • Pati delima

Pati delima juga baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Antaranya, ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti dan juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.

8 Makanan Sunnah Yang Perlu Diamalkan 4
  • Susu kambing

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

8 Makanan Sunnah Yang Perlu Diamalkan 5

Pengambilan makanan sunnah bukan sahaja dapat memberi pahala malah, ia dapat memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Antara kelebihan yang kita dapat perolehi daripada pemakanan sunnah adalah dapat menguatkan tubuh badan, terhindar daripada pelbagai jenis penyakit dan mencerdaskan otak kita.