8 Manfaat Cili Untuk Kesihatan

peppers

Terdapat pelbagai jenis cili yang wujud di sekitar dunia, di Malaysia sendiri terdapat beberapa spesies seperti cili padi, cili besar, cili capsicum, cili kering dan juga cili kampong. Setiap jenis cili ini mempunyai tahap kepedasan yang berbeza-beza.

Cili juga sejenis sayuran yang banyak digunakan dalam masakan terutamanya bagi mereka yang gemar dengan makanan pedas. Namun, pengambilan cili haruslah berpada-pada agar tidak merosakkan usus. Selain sayuran hijau atau herba-herba, cili juga mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh kita malakan untuk kesihatan badan.

  • Rasa panas daripada cili menigkatkan aliran darah ke seluruh badan
  • Cili dapat mencegah pembekuan darah dan membantu dalam menyihatkan jantung
  • Cili boleh membakar kalori dn mempercepatkan metabolisme tubuh
8 Manfaat Cili Untuk Kesihatan 1
chili pepper isolated
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Peluh akibat makanan pedas dapat mengurangkana masalah selesema
  • Membantu mengurangkan risiko menghidap kanser
  • Makanan pedas membantu penyakit asma untuk melancarkan pernafasan
  • Meningkatkan hormone sekaligus mengurangkan depresi