9 Cara Didik Anak Semasa di Masjid

Didik anak-anak ketika masih kecil adalah yang cara yang terbaik untuk mengajar mereka mengenal erti solat berjemaah. Dari itu, mereka dengan sendirinya akan pergi ke masjid apabila meningkat dewasa.

Terdapat banyak masjid yang menyediakan taman permainan buat anak-anak. Seperti yang kita tahu, anak-anak terdapat bermacam-macam kerenah mereka. Di samping menunaikan ibadah, anak-anak janganlah diabaikan. Sebaiknya, ajar mereka solat berjemaah bersama serta ajar mereka adab-adab semas berada di masjid.

Masjid bukan sahaja dijadikan tempat untuk beribadah, malah terdapat juga majlis-majlis ilmu atau ceramah agama yang dianjurkan disana. Sebagai ibu bapa yang prihatin, didiklah anak-anak supaya mereka berkelakuan baik di dalam masjid.

Apabila membawa anak-anak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memerhati 9 cara ini bagi mendidik anak semasa di masjid:

  • Pastikan anak anda sudah makan terlebih dahulu sebelum ke masjid, enyediakan keperluan sewajarnya supaya mereka tidak lapar dan dahaga.
  • Memastikan anak-anak memakai pakaian yang menutup aurat dan mengikut adab ketika hendak ke masjid.  
  • Pastikan anak anda dalam keadaan selesa.
  • Memberi tunjuk ajar terlebih dahulu kepada anak-anak dan dari masa ke semasa supaya mereka tahu adab di masjid.
  • Mengajak dan memberi galakan untuk mereka mengikuti imam supaya mereka dilatih untuk solat berjemaah.
  • Memberi pujian apabila mereka berkelakuan baik supaya mereka bersemangat untuk terus solat berjemaah di masjid.
  • Anda juga boleh memberikan ganjaran hadiah jika mereka berkelakuan baik serta mengikut tertib.
  • Memberi peringatan jika mereka melakukan kesilapan supaya mereka tahu apa yang mereka buat adalah salah dan memperbetulkan kesilapannya.
  • Tegurlah mereka dengan cara yang baik jika mereka bersikap keterlaluan supaya mereka tahu bahawa mereka sudah melampaui batas.

Jika anda membiarkan mereka tanpa ditegur, hal ini akan menganggu jemaah masjid yang lain. Dan ini akan memberi pandangan yang tidak baik daripada masyarakat. Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya mereka menjadi biasa. Dengan cara ini, anda dapat menjadikan anak anda lebih tertib dan tenang.