Adakah Pewarna Kuku ‘Halal Nail Polish’ Boleh Dibawa Solat?

Manicure process in beauty salon close up of female hands

Sebagai Muslimah, anda mungkin juga mahu ‘nail polish art’ ini. Seperti yang kita tahu, Penggunaan pengilat kuku tidak dianggap sah semasa mengangkat wudhu. Ini disebabkan air tidak dapat sampai kepada anggota badan yang terlibat (kuku)

Maka dalam dunia kecantikan hari ini, pengilat kuku halal dipasarkan untuk digunakan oleh orang Islam. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadi lebih ramai pengguna Islam, jenama kosmetik yang popular seperti Orly dan produk tempatan seperti Zahara juga mengeluarkan pengilat kuku halal untuk menggalakkan wanita Islam untuk mengekspresikan diri mereka

Pengilat kuku halal (Muslim friendly) ?

Pengilat kuku halal dikatakan pengilat kuku yang boleh meresap air (breathable nail polish). Ia berkongsi teknologi yang serupa dengan kanta sentuh yang membolehkan oksigen dan penghidratan melaluinya. Walaupun ia dilihat sebagai penyelesaian ‘Halal’ untuk wanita Muslim, pengilat kuku ini juga memastikan kuku tetap sihat kerana ia diperkaya dengan minyak pati dan mengelakkan kuku daripada bertukar menjadi kuning

Adalah tidak adil untuk benar-benar mengatakan pengilat kuku ini halal walaupun bahan-bahannya yang digunakan dalam produk dibenarkan oleh undang-undang Syariah Islam. Masih terdapat keraguan lagi tentang penggunaan ‘nail polish’ ini ketika mengangkat wudhu, apatah lagi semasa solat

Memandangkan tidak ada kepastian saintifik yang benar untuk menyokong penggunaannya semasa mengangkat wudhu dan solat, ia tidaklah disarankan malah lebih elok untuk menghindari penggunaan pengilat kuku ketika melakukan wudhu. Tetapi sekali lagi, setiap orang berhak atas pilihan mereka sendiri. Buat masa sekarang, adalah lebih selamat dan terjamin hukum penggunaan inai bagi wanita Islam.

Walaupun kita mengandaikan bahawa jenis penggilap kuku ini membolehkan air meresap, tetapi ia tidak menjadikannya ‘halal’ bagi wanita untuk memakainya sewaktu beribadat. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu strategi pemasaran dalam penjualan produk