Adakah Sista (Cyst) Ovari Boleh Berulang Kembali?

Pesakit yang pernah melakukan pembedahan membuang sista (cyst) tanpa membuat rawatan susulan dan masih belum menopous besar kemungkinan boleh mengidap penyakit sista kembali.

Namun kategori sista yang tidak berbahaya yang dipanggil Benign ovarian cyst iaitu sista berisi cecair. Ia juga dipanggil Functional ovarian cyst yang berlaku akibat pertumbuhan folikel di ovari yang tidak cukup matang yang menyebabkan kegagalan perlepasan ovum (ovulasi). Paras hormone estrogen secara berlebihan juga merupakan punca utama terbentuknya sista demikian.

Adakah Sista (Cyst) Ovari Boleh Berulang Kembali? 1

BAGAIMANA IA BOLEH DIKETAHUI SEKIRANYA SISTA KEMBALI ADA

Beberapa gejala akan kerap berlaku jika saiz sista ovari semakin membesar, antara gejalanya ialah:

  • Kerap membuang air kecil jika sista besar yang menekan pundi kencing
  • Kesakitan di bahagian abdomen/bawah perut
  • Perubahan pada kitaran haid
  • Pertambahan berat badan

Beberapa risiko seperti rawatan kemandulan dengan ubat gonadotropin, rawatan kanser payudara atau merokok boleh dielakkan bagi mencegah sista ovari berlaku. Kehamilan dan penyusuan dari susu ibu juga dapat mengurangkan risiko mendapat sista kerana ia mencegah pembentukan telur di ovari sewaktu ovulasi.