Apakah Punca Anak Anda Degil?

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak kerana segala tindakan ibu bapa diperhatikan dan dipelajari oleh mereka. Maka, hendaklah sentiasa berkata yang baik-baik, menjaga adab dan tatasusila yang positif. Disini senarai punca anak anda degil:

  1. Kurang komunikasi. Ibu bapa kadang kala terlalu sibuk bekerja setiap hari dan terlepas pandang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Sebaiknya luangkan masa anda pada hujung minggu untuk berkongsi, mendengar, fahami perasaan mereka dan melakukan aktiviti yang anak anda gemari bersama-sama.”Quality time”
  2. Tidak menghiraukan anak-anak. Disebabkan kesibukan kerja, ibu bapa juga kadang kala terlalu bergantung kepada pengasuh dan abaikan kebajikan mereka. Pastikan anda memberi perhatian kepada anak-anak, selitkan masa anda dengan makan malam bersama dan solat berjemaah di rumah bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan anda.
  3. Kekecewaan. Dalam proses anak-anak membesar akan berlaku pelbagai drama, antaranya jika anak anda tidak berjaya membuat anak bangga seperti sering gagal dalam akademik. Elakkan daripada memarahi dan membanding mereka dengan orang lain. Sebaiknya beri mereka galakkan supaya mereka berasa semangat untuk terus cuba sebaik mungkin di masa akan datang.
  4. Penggunaan kata-kata yang negatif. Setiap percakapan dan perbuatan ibu bapa adalah satu cara yang paling dekat dengan anak-anak. Elakkan menggunakan perkataan yang negatif supaya tidak mengguris perasaan anak-anak.  
  5. Mengongkong. Salah satu punca anak degil adalah apabila ibu bapa terlalu mengawal dan mengongkong anak-anak daripada berdikari. Cuba letakkan kepercayaan kepada anak-anak anda tapi dalam masa yang sama anda mengetahui perkembangan anak-anak setiap masa.
  6. Berdoa. Ibu bapa perlu rajin berdoa supaya anak sentiasa lembut hati dan mendengar kata. Ingat, setiap kata-kata seorang ibu bapa adalah doa.

Oleh itu, didik anak anda dengan perkara yang baik-baik supaya mereka dapat membesar dengan persekitaran yang sihat.

Apakah Punca Anak Anda Degil? 1