Bagaimana Hendak Memilih CRS Yang Diiktiraf?

Tujuan utama ibu bapa membeli kerusi keselmatan atau Child Restraint System (CRS) adalah untuk melindungi anak anda daripada berlakunya kemalangan. Oleh itu, amatlah penting bagi ibu bapa memastikan CRS yang dibeli memenuhi piawaian keselamatan dan lulus ujian simulasi perlanggaran bukan sekadar membeli mengikut harga.

Adalah tanggungjawab ibu bapa bagi memilih CRS yang berkualiti dan bersesuaian mengikut peringkat umur anak-anak bagi melindungi mereka daripada kemalangan yang tidak diingini. Antara elemen-elemen dalam memilih car seat yang diiktiraf adalah seperti berikut:

  1. Bersifat universal, hal ini bermaksud ia sesuai untuk dipasang dengan kebanyakkan jenis kenderaan. Manakala semi universal sesuai bagi model kereta tertentu sahaja. Ibu bapa disarankan untuk memilih CRS yang lebih universal berbanding semi universal.
  2. Had berat anak-anak juga sangat penting. Hal ini kerana, had berat mempengaruhi jenis CRS yang dipilih. Contohnya, berat anak-anak seperti 0-13kg, bera 9-13kg dan lain-lain lagi. Jadi, sebelum ibu bapa membeli CRS, anda perlu tahu berat badan dan ukuran tinggi anak anda.
  3. Mempunyai nombor sijil CRS adalah diiktiraf. Anda perlu berhati-hati dengan nombor serial ini kerana dikhuatiri terdapat bahan yang tidak selamat yang digunakan dalam pembuatan CRS. Ini akan memberi kesan yang tidak baik jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak dijangka kerana impak kemalangan tersebut akan lebih berisiko.
  4. Pastikan nombor mengikut piawaian negara yang ditetapkan iaitu seperti piawaian US dan piawaian Eropah.
  5. Ibu bapa perlu pastikan bahawa piawaian yang digunakan pada jenama CRS tersebut adalah diluluskan mengikut piawaian keselamatan yang terkini. Piawaian terkini seperti ECE R44/04 dan ECE R129. CRS yang baik juga mempunyai tarikh pembuatannya.

Jadi, jika anda ingin membeli online atau secara langsung di mana-mana kedai, pastikan label pada CRS adalah jelas dan diiktiraf. Perkara di atas adalah penting bagi memastikan keselamatan anak-anak anda terjamin.

Bagaimana Hendak Memilih CRS Yang Diiktiraf? 1
Child safety seat in the back of the car