Berpantang Bersama Pakar

PantangPlus merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan servis berpantang kepada pelanggan. Beribu pejabat di Seksyen 22 Shah Alam Selangor, namun mempunyai akses perkhidmatan di seluruh negara dan beberapa negara luar seperti Australia ,United Kingdom (UK) , Singapura dan Emiyah Arab Bersatu (UAE).  Pengalaman kira–kira 6 tahun dan kini mempunyai kira-kira 230 orang pakar terapis yang bersedia memberikan perkhidamatan terbaik untuk anda.

Perkhidmatan PantangPlus merangkumi penjagaan ibu, seperti:

  • Urutan (Melancarkan peredaran darah. Seluruh badan akan rasa ringan dan selesa)
  • Tungku (Mengecutkan rahim, memecahkan lemak & kembalikan tubuh badan kepada keadaan asal)
  • Bengkung (Melindungi organ dalam, cepat kecut & ketatkan bahagian perut yang menggeleber)
  • Param pilis tapel (Menghaluskan & melicinkan kulit, mengelakkan badan masuk angin & mengurangkan panas di kepala)
  • Sengkak (Urutan untuk menaikkan rahim peranakan perempuan selepas bersalin atau keguguran. Dapat menaikkan semula kedudukan rahim. Penting bagi yang ada masalah peranakan jatuh)
  • Tangas (Mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan oleh proses bersalin, sekaligus merawat bahagian intim)
  • Mandi herba (Menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melembutkan urat saraf)
  • Lulur (Menjadikan kulit cantik, halus, gebu & cerah. Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan)
  • Urutan bengkak susu (Merangsang sel-sel susu supaya melancarkan pengeluaran susu ibu)
  • Urutan Kepala Buang Angin (Menghilangkan sakit atau pening kepala yang terjadi disebabkan oleh otot keras yang berbuku-buku di sekitar kepala)
  • Pakej keguguran (Walaupun tak ada rezeki, badan tetap kena jaga. Sama maca orang bersalin biasa)
  • Makanan berpantang (Makanan yang sihat dan mengenyangkan ibu, agar kembali bertenaga untuk melayan gelagat si manja. Beli sahaja bahan mentah, kami akan masakkan)

Perkhidmatan PantangPlus dalam penjagaan bayi, seperti:

  • Mandian (Memberi kesegaran kepada bayi)
  • Megurut (Membuatkan bayi lebih tenang, kurang meragam dan menikmati tidur yang lena)
  • Tuam (Mengelakkan perut bayi kembung dan mudahkan bayi mengeluarkan angin)
  • Memakai barut (Memelihara perut bayi)

PantangPlus mempunyai misi untuk memastikan ibu-ibu mempunyai rehat yang cukup kerana bersalin itu sangat PENAT! Jadi PantangPlus hadir untuk membantu anda dalam mengembalikan tenaga mereka supaya kembali bertenaga , bukan itu sahaja, dengan rawatan yang betul anda juga tidak perlu risau akan PERUBAHAN BENTUK BADAN  kerana PantangPlus meyediakan rawatan seperti bengkung, yang akan membantu mengembalikan bentuk badan anda. Rawatan seperti lulur mampu menjadikan kulit lebih cantik, halus, gebu dan cerah. Jadi ibu-ibu tidak perlu risau akan perubahan bentuk badan atau kulit selepas bersalin kerana dengan PantangPlus anda bukan sahaja dapat berehat dan mengembalikan tenaga, malahan dapat kekal cantik.

Hubungi PantangPlus sekarang 012-2020945 untuk mendapatkan sesi konsultasi secara percuma.

Layari laman web PantangPlus di www.pantangplus.com dan sosial media Facebook, Intagram, Linked In, dan Youtube dengan carian PantangPlus.

Advertisement

Akhir kata, selamat melahirkan cahaya mata buat ibu-ibu sekalian, moga cahaya mata anda menjadi permata yang berharga buat agama bangsa dan negara suatu hari nanti! Ikhlas dari Pantang Plus #TeamPantangPlus