Bolehkah Bayi Tidur Secara Meniarap?

Orang tua dulu-dulu berkata, tidur secara meniarap akan selamat daripada masalah kembung untuk bayi. Namun, ada yang mengatakan posisi bayi tidur meniarap boleh membahayakan nyawa bayi anda. Jadi, Adakah tidur secara meniarap bagus untuk bayi anda atau sebaliknya?

Jika dibandingkan dengan orang dulu-dulu, mereka sangat menitikberat tentang cara posisi bayi mereka dan bagi mereka tidur meniarap adalah sangat baik untuk bayi. Ini kerana posisi bayi meniarap dapat membuat bayi anda tidur dengan jangka masa yang lama.

  • Tidur secara meniarap akan dapat membantu mengeluarkan angin yang ada di dalam perut bayi anda kerana perut bayi akan tertekan secara tidak sengaja. Bayi anda akan terkentut sambil tidur. Angin yang dikeluarkan oleh bayi akan mengelakkan bayi terkena kembung perut.
  • Jika anda tidurkan bayi secara meniarap di atas dada anda, bayi akan berasa selesa seolah-olah berada di dalam rahim anda kerana dia dapat tidur sambil mendengar degupan jantung anda.
  • Bagi mengelakkan bayi tersedak susu, ibu perlulah mengosok belakang bayi terlebih dahulu dalam 5 minit sebelum meletakkan bayi di katil bayi. Ada yang mengatakan jika bayi yang tidur dalam keadaan meniarap akan mengurangkan risiko kematian akibat tersedak susu.
  • Tengkorak bayi yang tidur meniarap akan kelihatan cantik dan bulat, tidak kemek di belakangnya.
  • Rambut bayi yang ditidurkan dalam posisi meniarap akan lebih lebat dan tidak dicukur bantal.
  • Leher, bahu dan dada bayi yang ditidurkan dalam keadaan meniarap  akan menjadi lebih kuat dengan lebih cepat. Menurut mereka, bayi anda akan merangkak dengan lebih cepat.

Bayi tidur meniarap adalah bagus untuk perkembangan otak bayi anda. Oleh itu, kalau ikutkan pendapat orang lama, bayi tidur meniarap adalah posisi yang baik untuk bayi anda. Sama ada anda mahu ikut atau tidak, terpulang kepada anda. Sebagai ibu, anda yang menentukan apa yang terbaik untuk bayi anda.

Bolehkah Bayi Tidur Secara Meniarap? 1