Cara Elakkan Bagasi Hilang Di Lapangan Terbang

Pernahkah anda mengalami pengalaman kehilangan bagasi selepas mendarat di lapangan terbang ketika anda melancong? Perkara seperti ini kerap berlaku di kalangan mereka yang melancong ke luar negara.

Sebagai langkah berjaga-jaga supaya segala pakaian, peralatan serta dokumen-dokumen penting semuanya berada di dalam beg tersebut tidak hilang. Pastikan anda mengikuti perkara di artikel ini bagi mengelakkan bagasi anda hilang di lapangan terbang.

  • Tag keselamatan pada bagasi

Terdapat banyak tag keselamatan di pasaran dengan pelbagai corak mengikut citarasa pengguna. Ia sangat penting kerana berkemungkinan besar bagasi anda akan sama dengan pengguna yang lain kerana corak atau bentuk bagasi di pasaran adalah sama.

  • Letakkan maklumat diri

Bagi menggelakan anda daripada tersalah ambil bagasi orang lain, anda harus lengkapkan tag tersebut dengan nama pemilik, alamat e-mel dan nombor telefon. Jika berlaku sebarang kehilangan, bagasi anda akan mudah ditemui. Jika perlu, anda boleh meletakkan alamat hotel di mana anda akan tinggal agar pihak kakitangan yang terlibat dapat membuat serahan bagasi yang hilang selamat ke tangan anda.

  • Maklumat diri yang anda perlu elakkan

Maklumat diri yang anda perlu elakkan adalah alamat rumah anda. Hal ini kerana ia sanagt berisiko untuk kes-kes jenayah seperti rompakan sekiranya anda sedang tiada di rumah.

  • Bagasi yang mempunyai kunci

Selain daripada mempunyai tag keselamatan, pastikan bagasi yang anda gunakan semasa melancong mempunyai kunci berserta kata kunci. Di pasaran terdapat pelbagai bentuk kunci keselamatan untuk bagasi anda dengan harga yang mampu milik.

Advertisement

Walaubagaimanapun, setiap lapangan terbang pada setiap negara mempunyai tahap perkhidmatan pengurusan bagasi yang berbeza, namun sebagai penumpang anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kes kehilangan bagasi tidak berlaku kepada diri dan keluarga anda.