Cara Masak Sayur Dengan Betul

Tahukah anda sebenarnya ada cara yang betul untuk memasak sayur? Untuk menjaga kesihatan dan memupuk stamina diri, kita hendaklah mengamalkan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan.

Terutamanya sayur-sayuran kerana mempunyai serat yang banyak dan boleh membuatkan kenyang dengan lebih lama. Tetapi zat atau khasiat di dalam sayur boleh hilang jika tidak dimasak dengan cara yang tepat, maka sia-sialah pemakanan seimbang kita. Mari kita ketahui cara-cara memasa sayur yang betul mengikut kategori sayur-sayuran.

  • Lobak merah – lobak hendaklah dipotong berukuran sederhana dan boleh dimasak dengan satu sudu minyak, gula dan secawan air. Ia juga boleh dipanggang.
Cara Masak Sayur Dengan Betul 1
  • Terung – Dipotong kecil dan dipanggang atau tumis di atas dapur
  • Kubis – Hiris kubis dan tumis bersama minyak zaitun atau minyak bijan. Pastikan tidak tumis sehingga sayur kubis layu.
  • Sayuran bertekstur keras (sawi hijau, kubis bunga, lobak) – Tumis bersama minyak zaitun atau minyak bijan.
  • Sayuran bertekstur lembut (bayam,salad) – Kukus atau tumis dengan minyak zaitun
  • Brokoli – Kukus dengan taburan garam diatas, jika sudah empuk segera diangkat. Boleh juga panggang di dalam ketuhar dan tumis dengan minyak zaitun.
Cara Masak Sayur Dengan Betul 2
Yellow broccoli on a white background