Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2u

“HUKUM ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE ADALAH HARUS ”

Perkataan Zakat itu sendiri membawa makna ‘pembersihan’ dan ‘pertumbuhan’. Ia juga merupakan salah satu prinsip yang paling penting dalam Islam dan adalah satu kewajipan bagi seorang Muslim dewasa yang berfikiran waras.

Seperti yang dijelaskan melalui hadis Rasullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudry menyatakan zakat fitrah hendaklah dibayar dengan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan bergantung kepada sesuatu negara tersendiri.

Bagi negara Malaysia khususnya, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang berlandaskan Mazhab Syafie mengkhususkan dan membolehkan pembayaran zakat melalui wang ringgit digunapakai.

Terdapat ramai lagi umat Islam yang masih terkeliru dengan akad yang sering lafaz jika pembayaran zakat melalui amil… Hukum lafaz akad adalah SUNAT sahaja, zakat adalah wajib tetapi lafaz akad tidak diletakkan di dalam syarat sah bagi ibadah zakat.

Syarat sah bagi pembayaran zakat ialah; niat zakat dan pemindahan harta zakat. Maka hukum zakat fitrah secara online adalah HARUS.

Advertisement

Dengan bantuan teknologi dan inovasi masa kini seperti yang disediakan maybank2u, ia memudahkan lagi untuk kita dalam melaksanakan rukun Islam yang ke-3 ini.

Seperti dalam firmanNya,

“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran” (Surah Al-Baqarah : 185)

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pembayaran zakat secara online melalui maybank2u:

CARA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI MAYBANK2U

Memenuhi kewajipan zakat secara online di Maybank2u! Klik pautan ini untuk lihat lebih lanjut https://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/promoDetail.do?channelId=PRO-Promotions&cntTypeId=1&cntKey=PRO09.22&programId=PRO09-OnlineBanking&chCatId=/mbb/Personal/PRO-Promotions

Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2u 1
Senarai Pusat Zakat yang boleh dibayar melalui maybank2u
Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2u 2
  1. Login akaun maybank2u anda
  2. Pilih akaun anda
  3. Tekan menu ‘pay bills’ dan pilih ‘payee’
  4. Pada bahagian ‘payee’ pilih pusat zakat anda sendiri mengikut negeri dan masukkan jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar