Cara mudah nak masak bubur ayam ala McD

Bubur tentunya antara makanan yang paling mudah dimasak. Selain menjadi hidangan ‘orang sakit’, sebenarnya bubur adalah makanan yang versatile dan boleh dihidangkan pada bila-bila masa kalau kena dengan caranya.

Antara resepi bubur yang paling menyelerakan ialah bubur ayam. Dan yang popular tentulah bubur ayam McD. Memang sedap dan cukup rasa. Anak-anak pun suka sangat dengan bubur ayam, kan?

Mudah saja nak buat bubur ayam ala McD ni tau. Guna nasi lebihan semalam pun boleh. Dapat juga elakkan pembaziran.

Jom kita tengok resepi bubur ayam ala McD ini.

RESEPI BUBUR AYAM ALA MCD PALING SIMPLE, GUNA NASI LEBIH JE
Berikut adalah bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN
Ayam
Beras / Nasi
Hirisan halia
Lada putih
1/2 kiub pati ayam
Carrot (jika suka)
Minyak Bijan
Daun bawang / daun sup
Bawang goreng
CARA-CARA

  1. REBUS AYAM
    Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast.

Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.

2. MASAK BUBUR NASI
Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Taknak membazir kan

Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.

Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.

3. ASING & CARIKKAN ISI AYAM
Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap.

Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.

Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu.

Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.

Cara mudah nak masak bubur ayam ala McD 1

4. MASUKKAN CARROT
Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi.

Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.

5. PERASAKAN
Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih

Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.

Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing.

Kemudian tunggu menggelegak.

Cara mudah nak masak bubur ayam ala McD 2

SIAP UNTUK DIHIDANG
Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.

Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.