Cara Pemakaian Topeng Muka Dengan Betul

Pemakaian topeng muka adalah sebagai langkah berjaga-jaga atau pencegahan awal bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak terutamanya apabila anda berada di tempat awam seperti komuter, hospital, jalan raya dan sebagainya. Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti batuk, selsema, atau demam, pastikan anda memakai topeng muka dan sentiasa amalkan membasuh tangan dengan sabun dengan bersih bagi mengelakkan penyebaran virus atau kuman kepada orang lain.

Cara pemakaian topeng muka dengan betul, adalah seperti berikut:

  1. Membasuh tangan dengan sabun pembasmi kuman sebelum memakai topeng muka.
  2. Pastikan anda topeng muka yang dipakai menutupi bahagian hidung sehingga bawah dagu.
  3. Kemudian mulakan ikatan pada tali di bahagian belakang kepala anda. Jika anda menggunakan topeng muka yang mempunyai tali pada bahagian kiri dan kanan topeng muka, anda boleh selitkan pada kedua-dua telinga anda.
  4. Pastikan anda meletakkan bahagian berwarna biru di bahagian depan, manakala bahagian berwarna putih menutupi hidung dan mulut anda.
  5. Cara membuang topeng muka dengan betul adalah dengan melipat bahagian berwarna putih dan kemudian buang ke tong sampah. Dengan cara ini kuman yang berada pada topeng muka itu akan dilindungi tanpa berlaku penyebaran kuman kepada orang lain.
  6. Pastikan anda membasuh tangan menggunakan sabun setelah membuang topeng muka yang dipakai tadi.

Fakta yang anda perlu tahu, dalam penggunaan topeng muka:

  1. Anda perlu menukar topeng muka, jika topeng muka yang dipakai basah. Hal ini menunjukkan bahwa topeng muka tersebut telah pon dicemari.
  2. Dilarang membasuh atau memakai semula topeng muka yang sudah digunakan.
  3. Dilarang berkongsi topeng muka bersama individu yang lain.
  4. Gantikan topeng muka anda secepat yang boleh, jika ia dicemari tanpa sengaja atau ia akan menyukarkan saluran pernafasan anda.

Sebagai langkah-langkah penjagaan, pastikan anda membasuh tangan menggunakan sabun dengan cara yang betul bagi mengelakkan daripada dijangkitan virus yang kini semakin berleluasa di negara kita.