Cara Mudah Semak Penyata KWSP Online

“SEMAK PENYATA KWSP ANDA PADA BILA-BILA MASA & DIMANA SAJA”

Dalam era globalisasi ini hampir semua perkara kita mampu buat secara online. Tahukah anda boleh terus menyemak penyata KWSP anda secara online menerusi website dan mobileapp? i-Akaun oleh KWSP (EPF) ini merupakan sistem aplikasi online bagi ahli dan majikan.

Malah anda juga boleh mencetak penyata KWSP terus daripada website. Dengan adanya i-Akaun KWSP, ia menjadikan kehidupan anda lebih mudah tanpa perlu pergi ke kaunter untuk berurusan.

Bukan itu sahaja, i-Akaun KWSP online ini juga menyediakan perkhidmatan lain seperti:

  • Permohonan untuk e-Pengeluaran
  • Semakan penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelum
  • Semakan status permohonan pengeluaran dan butiran pengeluaran
  • Semakan maklumat penamaan
  • Kiraan anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Kemaskini profil
  • Semakan transaksi caruman KWSP
  • Muat turun fail penyata KWSP untuk tahun terkini dan tahun sebelumnya

Pengguna-pengguna KWSP boleh mengakses akaun KWSP secara online untuk semakan penyata dan jenis – jenis pengeluaran KWSP walau dimana sahaja anda berada tanpa perlu mengambil masa yang lama

So this is the steps you guys can follow as first timer user !

CARA SEMAK PENYATA KWSP ONLINE

Here’s the basic steps to follow…

Anda boleh muat turun aplikasi i-Akaun KWSP di Google Play mahupun App Store, juga terus ke laman sesawang http://www.kwsp.gov.my/

Cara Mudah Semak Penyata KWSP Online 1

Langkah pertama sekali dalam penggunaan website mahupun mobileapp adalah anda perlu pergi ke mana-mana kiosk KWSP berhampiran untuk mendapatkan kod pengaktifan dengan memerlukan pengesahan MyKad.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cawangan KWSP berhampiran anda, sila klik pautan http://www.kwsp.gov.my/reach-us/offices-kiosks

Anda akan dibantu oleh pegawai bertugas untuk mendapatkan kod pengaktifan dan akan diberi ID pengguna dan kata laluan sementara. ID Sementara tersebut hendaklah diaktifkan dalam tempoh 30 hari menerima mesej. Sekiranya, ID tersebut tidak diaktifkan dalam tempoh 30 hari itu, anda diminta untuk membuat kod pengkatifan yang baru.

  • Login i-Akaun KWSP di laman sesawang atau mana aplikasi mudah alih anda

Terus ke website KWSP atau mobileapp, pergi ke bahagian ‘Member Login’ dan gunakan ID Pengguna dan kata laluan laluan sementara yang dihantar melalui SMS untuk mengaktifkan

  • Penukaran ID & kata laluan

Anda perlu memilih ID Pengguna, kata laluan imej sekuriti dan frasa rahsia yang baru sebagai pengesahan. Anda akan mendapat pemberitahuan notifikasi berjaya di skrin anda setelah pengaktifan selesai

Cara Mudah Semak Penyata KWSP Online 2
Contoh profil akaun KWSP, anda boleh membuat kemaskini dan penukaran butiran disini
  • Done! Semak penyata KWSP secara online

Log masuk dengan butiran akaun baru anda

Anda boleh menyemak akaun KWSP dan memuat turun penyata KWSP yang terkini dan tahun sebelumnya seperti yang tertera di bawah.

Anda juga boleh membuat pilihan perkhidmatan yang anda di ‘taskbar’ yang dipaparkan di website KWSP seperti simpanan shariah, pertanyaan, pengeluaran dan lain – lain lagi.

Cara Mudah Semak Penyata KWSP Online 3

Bagi mereka yang berhasrat untuk membuat sebarang pengeluaran untuk kegunaan permohonan pinjaman atau sebarang urusan lain, pengaksesan secara online ini sangat memudahkan urusan dan sangat menjimatkan masa. Senang kan ?

Semuanya kita dapat buat hanya duduk di hadapan komputer dan telefon mudah alih kan? Tak perlu lagi beratur untuk ambil nombor giliran, cari parking dan menghadap kesesakan lalu lintas. Sebagai pengguna, kita kena hargai dan berfikir secara bijak! Alhamdulillah…