Dedahkan Kepada Anak Tentang Kes Buli

Aggression Arguing Conflict Stress Fight

Apa itu buli?

Buli ialah satu tindakan oleh seseorang atau kumpulan dengan niat untuk menyakitkan hati dan membri tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya melibatkan serangan fizikal dan ancaman, memeras ugut dan mencuri, gangguan seksual atau penderaan lisan

Buli datang dalam pelbagai jenis:-

  1. Buli fizikal adalah apabila pengganggu mencederakan sasaran mereka secara fizikal. Apa-apa jenis sentuhan yang seseorang tidak mahu dan berkemungkinan serangan seksual.
  2. Buli lisan adalah mengejek atau menggoda seseorang dalam keadaan yang tidak selesa
  3. Buli psikologi mengeluarkan kata – kata yang tidak baik tentang orang dengan sengaja untuk membuat mereka berasa buruk tentang diri mereka sendiri.
  4. Cyberbullying adalah apabila pengganggu menggunakan internet dan media sosial dan mengatakan perkara-perkara yang mereka mungkin tidak berkata secara peribadi. Ini boleh termasuk menghantar teks, menyiarkan penghinaan tentang seseorang di sosial media. Cyberbullies juga mungkin menghantar maklumat peribadi, gambar, atau video yang direka untuk menyakiti atau memalukan orang lain.
Dedahkan Kepada Anak Tentang Kes Buli 1

Apa yang boleh dilakukan sekiranya dibuli:-

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan, antaranya ialah:-

– Beritahu kepada orang dewasa yang dipercayai

Advertisement

– Abaikan dan berjalan terus tanpa mengendahkan pembuli

– Gunakan ‘body language’ menunjukkan keyakinan diri dan anda tidak lemah

– Cara lain adalah dengan menyertai program atau kempen di sekolah. Kebanyakan sekolah sekarang ‘open up’ dengan masalah ini, jadi tidak perlu risau untuk ‘speak up’