Idea Snek Mudah!

Untuk pengetahuan anda, greek yogurt dikatakan baik untuk orang-orang yang ada tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung, kerana kadar natrium didalamnya tidak terlalu banyak. Ia sangat bagus untuk tulang, rambut, darah, otot, kulit dan kartilaj manusia. Ayuh ikuti resipi yogurt bar ini sebagai snek harian anda.

Yogurt bar

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Greek yogurt
  • Kacang granola
  • Madu
  • Oat quaker
  • Buah-buahan (mengikut kegemaran anda)

*ukuran bahan mengikut citarasa anda

Cara-cara penyedian:

  1. Campurkan greek yogurt dengan madu
  2. Sediakan talam bersama kertas pembakar dan seterusnya ratakan greek yogurt dan madu di atas talam tersebut dengan lapisan yang nipis.
  3. Taburkan oat, kacang granola dan buah-buahan di atas yogurt yang sudah diratakan tadi.
  4. Tutup talam dan bekukan bar tersebut di dalam peti sejuk sehingga menjadi pejal.
  5. Belah dengan pisau mengikut potongan yang sesuai untuk dimakan.
  6. Nikmati snek bar ringkas yang mudah dan sihat!

Dengan mengikut resipi ini, semoga ia memberi manfaat untuk kesihatan dan kecantikan anda. Selamat mencuba.

Idea Snek Mudah! 1