Jangan Abaikan 10 Perkara Ini Semasa Hamil

Para bakal ibu mesti tertanya-tanya, perkara yang tidak boleh dipandang remeh ketika hamil. Terutamanya bagi mereka yang hamil buat kali pertama. Tubuh anda akan mengalami perubahan ketara semasa hamil iaitu dari segi berat badan dan sebagainya. Bakal ibu perlu peka dalam bab ini, dan segera rujuk kepada pihak yang lebih pakar jika perkara-perkara dalam dibawah terjadi kepada anda.

Disini terdapat 10 pekara yang anda tidak boleh abaikan semasa hamil:

  • Pendarahan

Jika berlaku sebarang pendarahan pada faraj anda, pendarahan yang kecil tidak menjadi masalah tetapi jika pendarahan berlaku secara berterusan anda perlu segera rujuk ke hospital. Anda akan berasa sakit di bahagian perut iaitu sakit seperti senggugut. Ini mungkin adalah tanda sesuatu seperti keguguran atau gangguan plasenta.

  • Sakit otot

Kesakitan ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam tempoh hamil, kerana bayi dalam kandungan anda terus membesar dan otot dan ligamen anda akan mula meregang.

  • Bengkak pada badan

Bengkak pada badan dan wajah anda semasa hamil adalah normal. Hal ini kerana, semasa hamil tubuh badan anda akan menghasilkan lebih banyak darah untuk memenuhi keperluan bayi anda yang sedang berkembang. Teapi jika anda mengalami bengkak yang keterlaluan, ia mungkin tanda hipertensi iaitu sakit pada bahagian tangan dan kaki.

  • Peningkatan berat badan yang cepat

Peningkatan berat badan semasa hamil adalah normal tetapi jika anda dapati berat anda meningkat lebih 4-5 paun seminggu, ia adalah tanda masalah kesihatan. Dapatkan khidmat kaunseling dan doktor untuk mengekalkan berat badan semasa mengandung.

Advertisement
  • Berasa dahaga dan mulut kering

Semasa hamil, tubuh anda memerlukan lebih banyak cecair kerana peredaran darah akan meningkat bagi keperluan bayi anda dan mampu menghalang dehidrasi. Jika anda kurang pengambilan minum air mineral, anda akan dehidrasi dan mudah pengsan.

  • Pergerakan bayi

Bayi anda adalah cerminan kepada anda. Apabila anda jatuh sakit, anda akan kurang aktif dan ia juga berlaku pada bayi anda jika keadaan bayi kurang baik, maka pergerakan akan kurang aktif. Anda perlu berhati-hati jika berlaku perubahan yang ketara pada pergerakan bayi anda.

  • Kekejangan

Antara kekejangan yang ibu hamil alami adalah pada bahagian kaki dan perut. Kekejangan pada kaki adalah disebabkan peningkatan berat badan anda akan membuat kaki anda kerap berasa lenguh. Kekejangan pada perut pula adalah disebabkan pengambilan makan yang tidak sihat dan anda akan mengalami masalah pencernaan. Dapatkan nasihat pakar dan amalkan makanan yang sihat semasa hamil.

  • Sakit belakang

Semasa hamil, sentiasa cuba dapatkan sokongan apabila hendak duduk atau berdiri. Duduk dengan perlahan supaya anda mampu untuk menyokong bayi dalam kandungan. Jika anda mengalami sakit belakang secara berterusan, dapatkan nasihat doktor dengan segera untuk mengelakkan penyakit jankitan buah pinggang, pundi kencing atau ovari.

  • Demam

Keadaan demam semas hamil adalah tidak baik, demam disebabkan oleh virus atau bakteria. Pastikan persekitaran dalam keadaan bersih dan sihat.

  • Kegatalan

Kegatalan yang ringan adalah suatu perkara yang biasa semasa hamil kerana bekalan darah anda akan meningkat. Cuba atasi kegatalan anda dengan menyapu losyen pada bahagian tersebut. Sekiranya, anda mengalami kegatalan yang kerap pada telapak tangan dan kaki anda, ia adalah kemungkinan tanda penyakit hati dan boleh menjejaskan perkembangan bayi.

Akhir sekali, perkara-perkara diatas tidak boleh diabaikan terutamanya bagi ibu yang mengandung. Sentiasa amalkan pengambilan makanan yang sihat dan pastikan persekitaran anda dalam keadaan bersih. Semoga bermanfaat.

Jangan Abaikan 10 Perkara Ini Semasa Hamil 1