Jenis-Jenis Child Restraint System (CRS)

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis-jenis kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan anda menggunakan CRS yang sesuai dengan peringkat umur dan berat badan anak-anak anda.

Jenis-Jenis Child Restraint System (CRS) 1

Rear Facing (Hadap belakang)

Kumpulan 0: 0-10kg

Kumpulan 0+:0-13kg

Cadangan: Dari lahir sehingga 13kg

CRS jenis menghadap belakang boleh digunakan sehingga 13 kg iaitu sekitar 15 bulan atau apabila mereka mencapai had berat atau tinggi CRS seperti sesetengah CRS menghadap belakang ia boleh digunakan sehingga berat mencecah sehingga 18kg.

Advertisement

Forward Facing (Hadap Hadapan)

Kumpulan 1: 9-18 kg

Cadangan: 13kg-18kg

Kanak-kanak perlu menggunakan CRS jenis menghadap ke hadapan dengan 5 titik pemasangan sehingga bahu mereka melepasi slot pemasangan atau apabila berat badan atau tinggi mereka melebihi tempat duduk.

Booster

Kumpulan 2: 15-25 kg

Kumpulan 3: 22-36 kg

Cadangan: 18 kg ke atas sehingga tali pinggang keledar kereta dapat dipasang dengan betul.

Kanak-kanak boleh kekal selamat dengan menggunakan tali pinggang keledar 3 titik dengan tali pinggang booster.

Seat belt (Tali Pinggang Keledar)

Lakukan 4 langkah untuk menguji sama ada anak anda memerlukan tempat duduk booster atau tidak:

  1. Uji tali pinggang di bahu merentasi paras bahu, bukan di leher.
  2. Apabila duduk, tali pinggang sepatutnya merentasi paha bukan di atas perut.
  3. Duduk dengan selesa sepanjang perjalanan.
  4. Lutut dapat dilunjurkan dengan selesa di atas kerusi.

Jika jawapannya adalah tidak untuk penyataan diatas, maka anda masih memerlukan kerusi booster.