Jenis-Jenis Ikan Buat Ibu Berpantang

Biasanya makanan yang selalu dihidangkan sebagai sumber protein buat ibu yang sedang berpantang adalah ikan. Namun, bukan semua ikan boleh dimakan. Terdapat beberapa ikan yang boleh dimakan, atas sebab tertentu. Kaedah memasak ikan buat ibu berpantang seelokknya secara kukus, rebus, atau bakar.

Antara jenis-jenis ikan yang sesuai buat ibu yang sedang berpantang:

  • Ikan haruan

Ikan haruan sangat popular untuk dijadikan pilihan sajian sepanjang tempoh berpantang. Hal ini kerana ikan haruan dipercayai mempunyai khasiat dan zat dalam membantu menyembuhkan luka dalaman serta luaran.

  • Ikan Jenahak

Ikan ini hidup di paya bakau, muara dan laut lepas, disebabkan itu juga harga ikan jenahak agak tinggi di pasaran kerana ia sukar didapati berbanding dengan ikan yang lain.

  • Ikan tenggiri

Ikan Tenggiri sebagai sumber tenaga dan ia juga mampu memberi zat kepada ibu yang sedang menyusukan bayi. Terdapat Omega 3 yang baik di dalam ikan ini bagi meningkatkan kecerdasan dan menghindarkan kecacatan pada bayi.

  • Ikan kerisi

Khasiat ikan kerisi adalah sama dengan ikan haruan iaitu menyembuhkan luka dalaman namun tidak setanding ikan haruan kerana kesan ikan kerisi lebih kuat berbanding ikan haruan.

Advertisement
  • Ikan selar

Isi ikan selar rasanya manis, ia sangat sesuai untuk ibu berpantang. Walau bagaimanapun, ikan selar mempunyai dua jenis iaitu ikan selar kuning dan ikan selar yang tiada garisan kuning pada badannya.

Yang boleh dimakan adalah ikan selar yang tidak mempunyai garisan kuning pada badannya. Ikan selar yang mempunyai garisan kuning pada badannya, tidak boleh dimakan kerana ia akan memberi bisa pada badan yang mempunyai luka dalaman.

  • Ikan merah

Ikan merah kaya dengan zat bagi menurunkan tekanan darah tinggu dan juga mampu mengurangkan risiko terkena sakit jantung. Ikan ini juga mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lemak pada ikan ini adalah sihat untuk ibu berpantang.

  • Ikan Senangin

Selain ikan tenggiri, ikan senangin juga mempunyai Omega 3 yang baik bagi membantu meningkatkan kecerdasan ibu. Ikan ini juga mengandungi zat besi bagi mencegah anemia pada ibu dan meningkatkan oksigen di dalam darah.

  • Ikan bawal putih

Untuk pengetahuan anda, ikan ini dapat menjaga kesihatan jantung secara menyeluruh, memperbanyakkan kolesterol baik dan mampu mencegah pembekuan darah.

Kesimpulannya, ibu berpantang digalakkan mengamalkan ikan-ikan di atas kerana ia mempunyai isi perut yang putih. Kesihatan ibu semasa berpantang bermula dengan cara pemakanan, jika ia tidak dijaga dari awal, ia akan memberi kesan yang buruk dalam proses penyembuhan tubuh badan ibu.