Memakai bengkung adalah salah satu amalan wajib dalam berpantang selain daripada bertungku, berurut, memakan jamu dan mandian herba. Dalam tempoh berpantang, para ibu perlu memakai bengkung dalam masa 5 jam sehari dan tidak lebih daripada 8 jam sehari. Terdapat pelbagai kebaikan dengan memakai bengkung.
Kebaikan memakai bengkung ketika berpantang antaranya ialah:
- Memulihkan luka jahitan bagi ibu yang melakukan pembedahan czer
- Dapat membantu menjaga bahagian peranakan ibu supaya cepat sembuh.
- Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut.
- Mengurangkan kesan regangan dan menghilangkan tompok hitam pada kulit perut.
- Membuang angin dari dalam badan.
- Mengembalikan kedudukan peranakan dan mengelakkan rahim jatuh.
- Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin.
- Mempercepat proses pengeluaran darah kotor.
- Mengelak badan daripada masuk angin.
- Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh.
- Membantu menghilangkan sakit belakang.
- Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang.
- Mengurangkan rasa sakit pada perut.
- Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil.
- Memecahkan lemak.
- Menggalakkan postur badan yang baik.
- Membantu proses penyusuan.
- Mencegah makan dengan kuantiti yang lebih banyak.
Untuk pengetahuan anda, bengkung terdapat dalam pelbagai bentuk. Ianya mengikut keselesaan dan citarasa para ibu. Antaranya adalah bengkung jawa, bengkung moden 3 dalam satu dan bengkung calico zip.