Kebaikan Susu Kambing Kepada Kanak-Kanak

Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali di samping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid. Oleh itu, susu kambing sangat sesuai dan sihat bagi kanak-kanak.

Mari terokai kebaikan susu kambing kepada kanak-kanak:

  • Membantu membekalkan vitamin-vitamin

Kandungan vitamin didalam susu kambing dapat membantu tumbesaran anak yang sihat.

  • Menguatkan imunisasi badan

Setiap peringkat umur kanak-kanak memerlukan nutrisi yang berlainan. Dengan mengamalkan susu kambing, ia mampu menguatkan imunisasi badan dan seterusnya dapat mencegah anak-anak daripada mudah jatuh sakit.

  • Sumber tenaga

Dengan mengamalkan susu kambing setiap hari, ia dapat memberi sumber tenaga kepada kanak-kanak supaya mereka kekal bertenaga dan tidak mudah lesu dengan menjalani rutin harian mereka untuk ke sekolah, bersukan dan sebagainya.

  • Membantu menambah selera makan

Sesetengah kanak-kanak kurang selera makan kerana mereka cenderung untuk bermain bersama rakan-rakan atau terleka dengan perkara yang mereka minat. Para ibu mesti khuatir jika mereka kurang nutrisi dalam pembesaran mereka. Jadi dengan meminum susu kambing, ia mampu menambah selera makan kanak-kanak.

Advertisement
  • Membantu mencegah sembelit

Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit.

  • Membantu menguatkan tulang dan gigi

Kanak-kanak sangat gemar memakan snek dan gula-gula. Jadi, bagi mengelakkan masalah gigi dan tulang, anda hendaklah mengamalkan susu kambing kepada mereka supaya dapat menguatkan pembentukan tulang dan gigi mereka.

  • Membantu menambah daya tumpuan anak-anak

Kanak-kanak lebih cenderung untuk tidak fokus semasa di sekolah bagi membantu daya tumpuan mereka, amalkan meminum susu kambing setiap hari supaya mereka menjadi lebih fokus semasa belajar.

Kesimpulannya, susu kambing sangat baik untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Wildan Susu Kambing menawarkan pelbagai perisa menarik untuk kanak-kanak seperti perisa vanilla, perisa tamar, perisa coklat dan perisa strawberi. Anda boleh menggunakan susu kambing ini mengikut kegemaran anak-anak anda.