Kecantikan Badan Melalui Rawatan Tradisional Melayu

Close-up of calm female enjoying procedure of massage

Di sebalik kecantikan wajah, kesegaran tubuh badan juga harus dititik beratkan. Terutamanya bagi mereka yang sudah melalui fasa mengandung dan melahirkan anak. Selain itu, kesibukan bekerja juga menjadi punca juga sakit sendi badan. Menikmati urutan tradisional melayu yang tidak kurang hebatnya berbanding rawatan moden yang lain boleh menjadi pilihan-pilihan anda untuk memanjakan diri.

  • Urutan tradisional melayu

Urutan ini memfokuskan tekanan pada urat yang bermasalah dan dapat melancarkan perjalanan darah. Pengunaan minyak lavender dalam urutan juga dapat membantu melegakan dan menyegarkan badan.

  • Mandian wab herba

Mandian ini adalah langkah pertama sebelum memulakan rawatan lain. Mandian wap ini dapat melembutkan kulit dan membuka liang roma dengan itu toksin mudah keluar dan mampu membuang angin dalam badan.

  • Bertungku herba

Selain ketika berpantang, bertunku boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana ia membantu dalam sistem peranakan wanita. Ia merupakan formulasi pelbagai herba yang telah dipraktikkan turun-temurun oleh masyarakat melayu.

  • Lulur badan

Lulur badan ataupun skrub boleh dilakukan berasaskan bunga Roselle tanpa campuran bahan kimia. Kebaikan bunga ini ialah mempunyai vitamin C yang tinggi dan antioksidan.

  • Pupur badan

Rawatan ini juga mengunakan bunga Roselle yang boleh dilakukan sebulan sekali. Ia dapat mencerahkan dan mampu menegangkan kulit.

  • Mandian susu dan rempah

Mandian susu mempunyai banyak manfaatnya kerana dapat mencantikkan dan menyegarkan kulit. Mandian susu yang diadun bersama santan kepala merupakan kombinasi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kecantikan Badan Melalui Rawatan Tradisional Melayu 1
Masseur doing massage on Asian woman body in the spa salon