Kecantikan Wanita Menurut Islam

Islam adalah agama yang menyukai kecantikan dan keindahan tapi pandangan Islam mengenai kecantikan tersebut sedikit berbeza dengan makna kecantikan yang sering diertikan oleh para wanita. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith:

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar debu.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” (HR. Muslim).

Kecantikan dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu kecantikan jasmani dan rohani.

  • Kecantikan jasmani (kecantikan fizikal)

Kecantikan fizikal adalah kecantikan pada tubuh luar seorang wanita termasuk dengan kecantikan parasnya, perhiasan atau pakaian yang menutupi tubuhnya. Seorang wanita mampu untuk tampil cantik dengan apa sahaja yang dipakai dan hal ini tidaklah dilarang dalam agama islam asalkan ia tetap memenuhi ketentuan atau syariah Sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT berikut ini

Kecantikan Wanita Menurut Islam 1
Surah Al-A’raf : Ayat 26
  • Kecantikan rohani (inner beauty)

Kecantikan seorang wanita tidaklah hanya kecantikan fizikal semata. Kecantikan batin atau ruhani juga amatlah penting. Kecantikan jasmani memang baik tapi memiliki kecantikan ruhani atau inner beauty adalah lebih penting bagi seorang muslimah. Hal ini disebutkan dalam satu ayat ketika Rasul hendak menceraikan seorang isterinya untuk menikahi wanita lain yang lebih cantik. Allah melarang hal tersebut dan Allah menjelaskan bahwa wanita yang baik akhlaknya adalah lebih baik dibandingkan wanita yang cantik fisiknya. Sebagaimana dalam firman Allah SWT berikut:

Kecantikan Wanita Menurut Islam 2
Surah Al- Ahzab : Ayat 52
  1. Memiliki akhak (adab) yang baik.
  2. Rajn menjalankan ibadah
  3. Menjalankan tanggungjawab dalam keluarga
  4. Menjaga aurat

Tips Kecantikan Yang Boleh Diamalkan

  1. Air wudhu dapat menyerikan muka
  2. Minum air suam sebaik bangun daripada tidur
  3. Membuat urutan wajah sambil berselawat
  4. Amalkan surah Al – Waqiah
  5. Gunakan produk kecantikan yang baik dan halal
  6. Amalkan membaca surah Yusuf selepas subuh