Kenapa Aksesori Dalam Kereta Bahaya Untuk Anak Anda?

Ramai ibu bapa suka menghias kereta dan menambah aksesori bagi keselesaan bayi. Tahukah anda bahawa aksesori yang anda beranggapan akan memberi hiburan kepada anak-anak anda semasa dalam perjalanan, mungkin akan mendatangkan bahaya kepada nyawa anak anda?

Sebab kenapa bahayanya aksesori dalam kereta untuk bayi:

  1. Kemasan di dalam kenderaan disalut dengan bahan api. Tali pinggang di dalam kerusi bayi pula telah disalut dengan bahan tahan koyak yang mampu menahan daripada putus ketika kemalangan. Penambahan alas kain atau pelapik boleh mengurangkan fungsi ini.
  2. Penambahan mainan dan cermin bagi melihat bayi boleh mencederakan bayi ketika kemalangan. Contohnya, ketika kereta berpusing laju mainan yang akan tertanggal dari cermin kereta anda dan akan menghentam bayi anda.

Tips yang patut anda elakkan:

  1. Elakkan menggantungkan permainan kecil pada cermin kereta. Dalam keadaan pemanduan yang laju, terutamanya pada selekoh berbahaya, permainan yang bersifat gantung akan menyebabkan tercampak dan dikhuatiri akan mencederakan anak anda di dalam kerusi kereta bayi atau lebih dikenali sebagai CRS.
  2. Sesetengah ibu bapa memilih untuk meletakkan kain di cermin kereta bagi melindungi anak daripada pancaran cahaya matahari. Tidak menjadi kesalahan, namun ada baiknya anda memilih pelindung cahaya yang boleh ditampalkan terus pada cermin. Lebih selamat berbanding kain yang membuatkan anak lemas sekiranya terjatuh di atas muka.
  3. Jangan sekali-kali berikan mainan bersifat tajam atau jenis memanjang seperti pensil dan sebagainya kepada anak ketika berada di dalampemanduan laju atau selekoh. Pilihlah soft toys sebagai alternatif.

Dalam pembelian mainan kepada anak anda, pastikan mainan atau aksesori kereta tidak mendatangkan bahaya kepada anak anda. Keselamatan meraka adalah keutamaan anda. Jadi, ibu bapa hendaklah peka dan sentiasa pantau keadaan anak anda dalam kenderaan supaya perjalanan anda selamat.

Kenapa Aksesori Dalam Kereta Bahaya Untuk Anak Anda? 1